Hujan, cuaca sejuk akibatkan Gaza tidak sesuai dihuni

Hujan, cuaca sejuk akibatkan Gaza tidak sesuai dihuni

BEBERAPA pelarian Palestin mengelak daripada memijak air limpahan hujan di sebuah kem sementara di Rafah di selatan Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan bertubi-tubi tentera Israel terhadap infrastruktur di Gaza dan cuaca sejuk menjadikan kawasan Palestin yang terkepung tidak sesuai dihuni sama sekali.

Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) memberi amaran bahawa situasi semasa dijangka meningkatkan lagi kematian orang awam.

Ketua OHCHR untuk Wilayah Palestin, Ajith Sunghay berkata, beliau menjangkakan wujud kesan yang lebih besar kepada rakyat di Gaza.

“Saya bimbang ramai lagi orang awam akan mati. Serangan berterusan ke atas kemudahan yang dilindungi khas seperti hospital akan membunuh orang awam dan akan ada kesan yang lebih besar lagi terhadap akses kepada penjagaan kesihatan dan keselamatan rakyat Palestin,” katanya.

Sunghay berkata, pejabatnya juga sangat bimbang tentang kesan cuaca hujan dan sejuk yang boleh diramal sepenuhnya pada masa ini tahun ini.

Beliau berkata, cuaca berisiko menjadikan keadaan yang kotor tidak boleh didiami untuk rakyat.

“Kebanyakannya tidak mempunyai pakaian hangat atau selimut,” ujarnya.

Kebanyakan penduduk Palestin di Gaza kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel dan ramai yang bersesak-sesak di tempat perlindungan di mana mereka diancam oleh cuaca yang semakin buruk, penyakit dan kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan yang teruk.

Sunghay berkata, Gaza akan menjadi malapetaka jika pengeboman atau serangan di jalanan berlaku di Khan Younis.

Jelasnya, ramai penduduk bergerak lebih jauh ke selatan ke Rafah di mana kira-kira 1.3 juta orang kini berkumpul di bandar yang bersempadan dengan Mesir dalam usaha untuk mengelak serangan tentera Israel.

Sementara itu, Pengarah Pejabat PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan di Gaza, Georgios Petropoulos memberitahu Al Jazeera bahawa perang selama berbulan-bulan menyebabkan 2.2 juta orang berisiko kebuluran di Gaza.

“Semua orang di Gaza memerlukan bantuan sekarang dan perang mesti dihentikan,” katanya.-Al Jazeera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya