Harimau Malaya tewas bermaruah kepada Bahrain

Gol minit akhir Bahrain kecewakan Harimau Malaya

PEMAIN Sayap negara, Arif Aiman Hanapi terduduk kecewa selepas tewas tipis kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Jassim Bin Hamad, sebentar tadi.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaringan tunggal penyerang Bahrain, Ali Madan pada penghujung permainan memberi kekecewaan kepada Harimau Malaya selepas tewas 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, sebentar tadi.

Kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia sudah tersingkir daripada saingan Piala Asia dan bakal melengkapkan jadual perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini pada pukul 7.30 malam waktu Malaysia sebelum pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, janji untuk menampilkan aksi lebih baik berbanding perlawanan pertama berjaya ditunaikan skuad kebangsaan.

Perubahan taktikal dilakukan Kim Pan Gon, selain menukar beberapa pemain untuk perlawanan kedua ini nyata memberi impak berbeza.

Hasilnya dapat dilihat dengan beberapa peluang berjaya dicipta skuad Harimau Malaya sepanjang babak pertama.

Seawal minit ketujuh menerusi lontaran jauh Corbin Ong, sepakan lemah pertahanan Bahrain singgah dikaki Dion Cools namun sepakannya jauh tersasar.

Malaysia terus memberi tekanan dengan kali ini hantaran lintang Faisal Halim kepada Paulo Josue gagal disudahkan dengan baik namun tindakan susulan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-16 hampir membuka tirai jaringan tetapi rembatan kencangnya berjaya ditepis keluar penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfalla.

Tiga minit kemudian, Malaysia sekali lagi hadir mencemaskan benteng Bahrain kali ini hantaran lintang Josue gagal disambar Arif Aiman.

Bagaimanapun, Bahrain juga memiliki beberapa peluang namun turut gagal memecah kebuntuan gol sekali gus menyaksikan kedudukan babak pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, giliran Bahrain pula memberi tekanan kepada benteng pertahanan negara yang dilihat lebih banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri.

Peluang terbaik Bahrain untuk memperolehi gol hadir pada minit ke-56 namun tandukan Abdulla Yusuf Helal hanya melewati tiang gol kiri dikawal Syihan Hazmi.

Skuad kendalian Juan Antonio Pizzi sekali lagi menghadirkan ancaman pada minit ke-73 namun kegagalan Mahdi Al-Humaidan melakukan tampanan kemas menyambut hantaran Mohamed Adel berjaya menyelamatkan pintu gol skuad negara.

Ketika menerima asakan, skuad negara juga hampir memperolehi gol pertama namun percubaan voli dilakukan Matthew Davies selepas menerima hantaran Akhyar Rasyid hanya sedikit melewati palang.

Tersentak dengan serangan itu, Bahrain hadir dengan percubaan Ali Hasan Isa pada minit terakhir perlawanan namun ketangkasan Syihan berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

Usaha berterusan Bahrain akhirnya membuahkan hasil apabila rembatan Ali Madan menerjah jaring sekali gus memberi kemenangan buat mereka pada penghujung perlawanan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya