Harimau Malaya mampu tewaskan Jordan- Pan Gon

Harimau Malaya mampu tewaskan Jordan- Pan Gon

KIM Pan Gon (kiri) bersama Kapten Harimau Malaya, Matthew Davies pada sidang media sebelum perlawanan pertama Kumpulan E menentang Jordan awal pagi esok.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon melaungkan keyakinan tinggi bahawa anak buahnya mampu menumbangkan Jordan dalam aksi pertama Kumpulan E saingan Piala Asia, awal pagi Selasa ini.

Selepas tiga minggu melakukan persiapan yang rapi menjelang saingan Piala Asia, ini adalah peluang terbaik untuk pasukan Harimau Malaya menterjemahkan dalam padang dengan meraih keputusan positif.

Jelas pengendali dari Korea Selatan itu, beliau sudah merencana strategi terbaik untuk mengekang pergerakan pemain-pemain skuad The Chivalrous Ones dan mengakui kecederaan dialami dua pemainnya iaitu Endrick Dos Santos dan Natxo Insa tidak merencat perancangannya.

“Tidak…(dua pemain negara cedera) beri kesan kepada pasukan kami esok. Untuk menentang Jordan kami ada banyak maklumat mereka tentang pasukan dan pemain.

“Saya boleh buat kesimpulan mereka (Jordan) sebuah pasukan yang memiliki fizikal kuat dan mempunyai teknikal individu yang bagus.

“Kami sudah ada perancangan. Kami cukup yakin dan kami ada strategi sendiri untuk menghalang pergerakan mereka pada perlawanan esok,” katanya ketika sidang media praperlawanan di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya