Harimau Malaya ‘kecil-kecil cili padi’, yakin atasi Jordan

Harimau Malaya ‘kecil-kecil cili padi’, yakin atasi Jordan

PEMAIN-Pemain Harimau Malaya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk memulakan kempen Kumpulan E Piala Asia 2023.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools beranggapan kelebihan fizikal pemain Jordan yang lebih tinggi bukan satu masalah kerana pemain Malaysia kerana turut memiliki kelebihan walaupun bersaiz lebih kecil.

Skuad Harimau Malaya tidak mahu mengangkat bendera putih terlalu awal dengan mahu memastikan Jordan menjadi mangsa pertama pada aksi kumpulan E pada 16 Januari ini.

Cools juga yakin Malaysia memiliki kualiti yang tersendiri iaitu kepantasan dan ketangkasan untuk mencabar pasukan Jordan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023, sekali gus mengutip tiga mata penuh.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan pertama. Sebelum ini saya sudah separuh musim di Thailand jadi bagi saya tiada isu tentang masalah fizikal.

“Kami juga ada kualiti dari segi kepantasan dan ketangkasan. Mungkin mereka sedikit tinggi dan kuat namun kami ada kualiti tersendiri jadi saya tidak risaukannya.”

“Ya mereka lebih tinggi daripada kita, namun pada pendapat saya tidak mudah untuk melawan pemain yang lebih kecil jadi ini juga kelebihan buat kita,” ujar Cools tentang persediaan Harimau Malaya menentang Jordan.

Cools juga beranggapan kelebihan fizikal pemain Jordan yang lebih tinggi berbanding pemain Malaysia bukan satu masalah kerana Malaysia turut memiliki kelebihan walaupun bersaiz kecil.

Dalam masa sama, Cools akan memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha untuk memastikan Malaysia mampu memenangi perlawanan dan mara ke pusingan 16 terbaik di pentas Piala Asia.

“Sudah tentu saya akan buat apa sahaja bagi memastikan pasukan dapat memperoleh kemenangan nanti. Saya tidak tahu siapakah akan menjadi kapten untuk aksi menentang Jordan kerana ini bergantung kepada keputusan jurulatih Kim Pan Gon.

“Jika kita berjaya layak ke peringkat seterusnya pasti itu akan jadi pencapaian yang hebat. Saya percaya pasukan kami mampu untuk melakukannya dan saya akan buat apa saja, berlari dan berjuang di atas padang untuk pastikan kita menang,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Malaysia akan membuka tirai Piala Asia dengan bertemu Jordan Selasa ini di Stadium Al Janoub diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun ini akan menyarung jersi keramat Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023 dan dijangka bakal menjadi pemain utama menentang Jordan kelak.

Pemain warisan kacukan Malaysia-Belgium itu merupakan pemain paling bernilai dalam skuad kebangsaan Malaysia dengan nilai RM 3.81 juta dan antara 5 pemain dari Asia Tenggara yang paling bernilai di Piala Asia 2023.

Ini adalah kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya