Hamas berikrar Israel tidak akan dapat semula tebusan

Hamas berikrar Israel tidak akan dapat semula tebusan

GAMBAR dari sempadan Israel menunjukkan kenderaan tentera Israel menuju ke tengah-tengah Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pemimpin Hamas berikrar Israel tidak akan mendapatkan semula tebusan sehingga semua tahanan Palestin dibebaskan.

Ismail Haniyeh mengulangi pendirian itu sebagai ketegasan pendiriang kumpulan pejuang berkenaan.

“Mereka sama sekali tidak akan mendapatkan kembali tawanan mereka kecuali selepas semua banduan kami di penjara dibebaskan,” Ismail bercakap demikian pada persidangan Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa di Doha, Qatar baru-baru ini.

Ismail berkata, Israel tidak akan mendapat mendapatkan walaupun seorang tawanan kecuali menerima perjanjian gencatan senjata.

Bagaimanapun, Israel berkata bahawa salah seorang askarnya yang diculik pada 7 Oktober lalu diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada akhir Oktober lalu, sebelum perjanjian gencatan senjata sementara dilaksanakan.

Secara keseluruhan, 105 orang dibebaskan oleh Hamas semasa gencatan senjata sementara dengan Israel yang bermula pada 24 November lalu dan berakhir awal 1 Disember lepas.

Sebagai pertukaran, 240 rakyat Palestin dibebaskan dari penjara Israel terutamanya wanita dan golongan bawah umur.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu CNN, Israel percaya 25 tebusan penduduk mereka sudah mati dan ada yang masih ditahan di Gaza.

Jumlah itu daripada 107 tebusan penduduk Israel daripada serangan Hamas tahun lalu yang masih dianggap masih hidup.

Terdahulu, Menteri Luar Israel, Israel Katz memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken bahawa tentera negaranya perlu menyelesaikan perang dengan Hamas untuk memastikan kepulangan tebusan warganta dan mencapai keselamatan rakyat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya