Fungsi blocker dalam penghasilan gambar studio

Fungsi blocker dalam penghasilan gambar studio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM penghasilan gambar studio, bukan semua peralatan kita gunakan dapat menghasilkan gambar yang baik.

Penggunaan lighting, boxlight, honeycomb, payung studio membantu menghasilkan pencahayaan, namun begitu sifat cahaya bergerak lurus, memantul sering menyebabkan berlakunya flare dalam gambar dihasilkan.

Kita memerlukan sesuatu untuk mengawal pergerakan cahaya yang tidak diperlukan ini.

Selain dari peralatan khas seperti snood atau barndoor, kebanyakan studio menggunakan blocker yang dibuat secara tempahan.

Kebanyakan studio komersial menggunakan alatan ini sebagai aksesori penting studio.

Biasanya blocker ini akan menggunakan permukaan hitam atau putih.

Permukaan blocker ini akan menghasilkan hasil yang berbeza.

Blocker biasanya digunakan untuk memotong, membelokkan atau menghasilkan bayang. Di bawah adalah penerangan perbezaan dua perkara ini.

PENGGUNAAN BLOCKER PERMUKAAN HITAM
Permukaan hitam menghasilkan shadow agak kuat pada muka. Lampu studio memantulkan warna hitam permukaan ke arah muka model.

Sesetengah jurufoto sengaja menggunakan cutter permukaan hitam bagi menghasilkan garisan hitam di kiri atau kanan muka model.

Muka model akan menjadi lebih ‘tajam’ atau lebih tirus.

Teknik solekan akan lebih menyerlah dah ia menjadi kegemaran sesetengah juru makeup studio.

PENGGUNAAN BLOCKER PERMUKAAN PUTIH
Berbeza dengan blocker permukaan putih, pantulan warna putih akan menyebabkan muka subjek kelihatan lebih cerah.

Pencahayaan akan terpancar secara maksima ke muka subjek.

Penghasilan cover majalah selalunya menggunakan teknik ini kerana jurusolek akan menghasilkan tata rias yang begitu detail dengan menghasilkan shading yang tebal di muka subjek.

Hasil gabungan mekap dan cahaya yang kuat maka terhasil lah gambar potret yang menarik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya