NEW YORK: Seramai enam penumpang Alaskan Airlines menuntut tindakan saman terhadap pengeluar pesawat, Boeing berikutan syarikat penerbangan, Alaska Airlines minggu lalu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Portland, Oregon, selepas sebahagian daripada fiuslaj kapal itu meletup di udara.
Lapor CBS News, tuntutan itu difailkan bagi pihak enam penumpang dan seorang lagi individu di Mahkamah Tinggi King County di negeri Washington, di mana Boeing beribu pejabat.
Mereka mendakwa bahawa peristiwa itu secara fizikal mencederakan beberapa penumpang dan paling trauma secara emosi.
Pada malam 5 Januari lalu, Alaska Airlines 1282 membawa 174 penumpang dan enam anak kapal menuju ke Ontario, California, apabila palam pintu terputus hanya beberapa minit selepas Boeing 737 Max 9 berlepas dari Portland.
Pesawat itu selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Portland.
Pegawai berkata, beberapa orang mengalami kecederaan ringan, tetapi tidak ada yang cedera parah.
“Keganasan peristiwa itu menyebabkan beberapa badan lebam.
“Pintu kokpit terbuka dan seorang pramugari bergegas cuba menutupnya. Perubahan tekanan menyebabkan telinga berdarah dan digabungkan dengan oksigen rendah, bunyi angin yang kuat dan tekanan traumatik membuat kepala sakit teruk.
“Penumpang terkejut, ketakutan dan keliru, mereka terdorong ke dalam badan pesawat. mimpi ngeri pada waktu terjaga, berharap mereka akan hidup cukup lama untuk melakukan aktiviti di darat semula,” menurut tuntutan mahkamah itu.
Foto yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan menunjukkan lubang ternganga pada badan pesawat pada 7 Januari lalu.
Tuntutan itu juga menyatakan bahawa daya ‘depressurization’ merobek baju dari seorang budak lelaki.
Alaska Airlines tidak dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah.
Ketika dihubungi CBS News lewat malam semalam, jurucakap Boeing tidak mempunyai sebarang komen mengenai tuntutan mahkamah itu.
“Boeing bertanggungjawab untuk keselamatan arahan reka bentuk dan penyelenggaraan serta meneruskan kelayakan udara pesawat itu,” bunyi tuntutan mahkamah tersebut.
Tuntutan itu juga memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, David Calhoun, yang mengaku kepada pekerja dalam mesyuarat Selasa bahawa syarikat itu mengakui kesilapan susulan insiden itu.
“Calhoun memanggil kecacatan yang membawa kepada mimpi ngeri hidup ini sebagai ‘kesilapan kami’ dan secara terbuka mengakui, dengan implikasinya, bahawa palam itu tidak dipasang dengan betul pada fiuslaj sama ada semasa pembuatan atau sebaliknya semasa pesawat sedang dibina oleh Boeing, dan/atau subkontraktornya, Spirit AeroSystems,” bunyi tuntutan mahkamah tersebut.