FAA syor syarikat penerbangan periksa palam pintu Boeing 737

FAA syor syarikat penerbangan periksa palam pintu Boeing 737-900ER 

GAMBAR edaran yang disediakan oleh NTSB menunjukkan penyiasatan melibatkan Penerbangan 1282 Alaska Airlines pada Boeing 737-9 MAX di Portland, Oregon pada 7 Januari lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat mengesyorkan syarikat-syarikat penerbangan memeriksa palam pintu pada jet Boeing 737-900ER masing-masing selepas insiden pintu tercabut daripada penernbangan Alaska Airlines awal bulan ini.

Pengawal selia penerbangan itu berkata dalam satu kenyataan, pengendali penerbangan digalakkan menjalankan pemeriksaan visual untuk memastikan palam pintu dihalang daripada sebarang pergerakan.

Langkah itu perlu ekoran pintu kabin tercabut pada penerbangan 737 MAX yang dikendalikan Alaska Airlines pada 5 Januari lalu.

Sebagai tindak balas kejadian itu, pengawal selia AS menghentikan 171 jet jenis 737 MAX 9 dengan konfigurasi yang sama seperti pesawat yang terlibat dalam insiden itu.

FAA berkata, ia akan mengembalikan 737-9 MAX kepada perkhidmatan sebaik sahaja keselamatan diperiksa dan lulus untuk beroperasi.

Panel palam pintu yang terjejas digunakan sebagai pintu keluar kecemasan dalam pesawat dan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mencadangkan bahawa bahagian itu tidak dilekatkan dengan sebaiknya.

Model Boeing 737-900ER adalah generasi yang lebih tua daripada keluarga MAX, tetapi menurut FAA, ia mempunyai reka bentuk palam pintu yang sama.

Dalam kenyataan, Boeing berkata, pihaknya menyokong penuh FAA dan pelanggan dalam tindakan ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya