TOKYO: Angka kematian akibat gempa bumi di bahagian tengah Jepun, semalam meningkat kepada enam orang.
Angka itu disahkan polis sehari selepas gegaran 7.5 magnitud mencetuskan gelombang tsunami setinggi lebih satu meter.
Seorang pegawai polis yang bertugas di wilayah Ishikawa memberitahu, pihak berkuasa sedang menyiasat penemuan dua lagi mayat.
Satu di bandar Nanao dan satu di bandar Shika selepas empat kematian disahkan berikutan gempa bumi yang melanda pulau utama Honshu.-AFP