Dua wartawan Palestin terbunuh diserang tentera udara Israel

Dua wartawan Palestin terbunuh diserang tentera udara Israel

ORANG ramai memeriksa kereta yang dinaiki dua wartawan, Mustafa Thuria, juruvideo sambilan untuk agensi berita AFP, dan Hamza Wael Dahdouh, wartawan rangkaian televisyen Al Jazeera, terbunuh dalam serangan Israel yang dilaporkan di Rafah di Semenanjung Gaza, hari ini. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH:  Serangan udara tentera Israel ke atas sebuah kereta berhampiran Rafah di selatan Gaza hari ini mengorbankan dua wartawan Palestin yang sedang membuat liputan berita.

Menurut pegawai kesihatan di Gaza dan kesatuan wartawan di sana, Hamza Al-Dahdouh dan Mustafa Thuraya kedua-duanya merupakan pekerja bebas. 

Hamza melakukan kerja bebas untuk Al Jazeera dan merupakan anak kepada ketua koresponden stesen televisyen yang berpangkalan di Qatar dan ditugaskan di Gaza, Wael Al-Dahdouh. 

Seorang lagi pekerja bebas, Hazem Rajab, dilaporkan cedera.

Rangkaian Media Al Jazeera turut mengecam pembunuhan dua wartawan itu dan berkata ia adalah serangan yang disengajakan.

“Kami menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), kerajaan dan pertubuhan hak asasi manusia serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengheret Israel atas jenayah kejinya dan menuntut penamatan sasaran dan pembunuhan wartawan,” kata rangkaian itu dalam satu kenyataan.

Pasukan Pertahanan Israel tidak mahu mengulas mengenai serangan atau dakwaan rangkaian TV itu bahawa kedua-dua wartawan itu sengaja menjadi sasaran.

Dalam satu kenyataan pada 16 Disember lalu, sebagai tindak balas terhadap kematian seorang lagi wartawan Al Jazeera di Gaza, tentera Israel, IDF berkata, mereka tidak pernah, dan tidak akan sekali-kali menyasarkan wartawan.

Perang Israel-Hamas yang bermula pada 7 Oktober lalu membawa maut kepada wartawan. 

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), sebuah badan pemerhati antarabangsa, berkata sehingga Sabtu lalu, 77 wartawan dan pekerja media terbunuh.

 70 daripadanya merupakan rakyat Palestin, empat warga Israel dan tiga warga Lubnan.-Reuters

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya