Dron Hezbollah sasar pangkalan tentera Israel di utara Israel

Dron Hezbollah sasar pangkalan tentera di utara Israel

hesbollah
PEJUANG dan penyokong Hezbollah menghadiri pengebumian komander tentera yang terbunuh, Wissam Tawil, juga dikenali sebagai Jawad di kampung halamannya Khirbet Selm, selatan Beirut.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hezbollah menyasarkan serangan dron di pangkalan tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di utara Israel.

Lapor Al Jazeera, kata kumpulan pejuang itu, dron berkenaan disasarkan ke pusat perintah tentera di utara Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan seorang pemimpin Hamas dan seorang komander mereka.

Kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan, sebilangan dron menyasarkan pusat arahan di Safed ke wilayah Israel sejak 8 Oktober lalu, sehari selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel dari Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) turut mengesahkan bahawa sebuah pesawat musuh (dron) jatuh di pangkalan IDF di utara Israel, tetapi berkata tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Pemintas turut dilancarkan ke arah pesawat musuh lain, kata IDF.

Sebagai tindak balas kepada serangan terbaru Hezbollah, IDF berkata, mereka turut menyerang skuad pelancar kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di selatan Lubnan dan unit artileri juga menyerang sumber pelancaran yang ditembakkan ke utara Israel.

Tentera Israel berkata, mereka membunuh komander kanan Hezbollah, Wissam Tawil dalam serangan yang disasarkan di selatan Lubnan Isnin lalu dan pada minggu lalu, timbalan ketua biro politik Hamas, Saleh Al-Arouri terbunuh dalam serangan di selatan Beirut.

Bagaimanapun, Hezbollah menolak kenyataan itu, mengatakan ia tidak benar sama sekali.

Israel dan Hezbullah dikatakan melancarkan permusuhan paling dahsyat dalam tempoh 17 tahun sejak kumpulan pejuang Palestin, Hamas menyerang Israel dari Gaza pada 7 Oktober lalu.

Keganasan itu memaksa puluhan ribu orang meninggalkan kedua-dua belah sempadan Lubnan-Israel dan boleh menimbulkan kebimbangan konflik.

Timbalan pemimpin Hezbollah, Naim Qassem dalam ucapan yang disiarkan di televisyen berkata, kumpulannya tidak mahu meluaskan perang dari Lubnan, tetapi, jika Israel meluaskannya, tindak balas tidak dapat dielakkan ke tahap maksimum untuk menghalang Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya