Daripada pentas ratu cantik ke ratu Bollywood - Utusan Malaysia

Daripada pentas ratu cantik ke ratu Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“KALAU rupa sahaja cantik, tapi lakonan kayu tak guna juga.” Itu frasa yang sering kali kita ucap, dengar dan saksi. 

Ada ramai sahaja pelakon yang hanya mengharapkan kecantikan dan ketampanan rupa namun bila berbicara soal bakat, ke laut. 

Tidak kira industri seni tempatan atau secara global, pasti wujud golongan yang menggunakan kelebihan yang ada untuk meraih populariti singkat tanpa memikirkan pelan panjang untuk kekal relevan, yakni memiliki bakat. 

Di Bollywood juga, kenyataan itu tidak dapat lari jauh. Namun lima pemegang gelaran ratu cantik ini membuktikan sebaliknya. 

Cantik, berbakat dan berpengaruh, ayuh kita senaraikan lima wanita cantik yang punya aura memukau dan lakonan hebat!

AISHWARYA RAI (MISS WORLD 1994)

PERNAH disebut sebagai wanita paling cantik di dunia, pesona Aishwarya Rai ini tidak dapat disangkal. 

Kecantikan, lakonan dan aura sebagai ratu cantik cukup terserlah. Dilahirkan pada 1 November 1973, Aishwarya memulakan langkah dalam dunia mega Bollywood menerusi  filem, Aur Pyaar Ho Gaya (1997) dan turut meneroka peluang dalam industri  filem Tamil dengan naskhah Iruvar (1997). 

Biarpun kini sering kali dikecam lantaran saiz tubuhnya gempal, namun isteri kepada Abhishek Bachchan ini kekal tersenarai salah seorang pelakon paling cantik di dunia.

ZEENAT AMAN (MISS ASIA PACIFIC 1970)

DILAHIRKAN pada 1951, Zeenat Aman mendaki puncak populariti selepas menang Miss Asia Pacific 1970. 

Dia wakil Asia Selatan pertama yang berjaya merangkul gelaran tersebut. 

Popularitinya di era 70 dan 80-an tidak dapat dinafikan. Dia dianggap antara pelakon yang sangat berpengaruh lantaran  filem-filem lakonannnya tidak pernah gagal. 

Membuat penampilan pertama menerusi Hare Rama Hare Krishna (1971), dia meraih pelbagai anugerah yang membuktikan kemampuannya sebagai ratu cantik yang boleh berlakon.

JUHI CHAWLA (MISS UNIVERSE INDIA 1984)

CUKUP disenangi lantaran peribadi dan wajah yang manis, suri hati India ini memulakan karier seni selepas dinobatkan sebagai Miss India 1984. 

Dia juga memenangi kategori Best National Costume. Tidak lama kemudian, bintang Bollywood ini terus dilamar syarikat perfileman dan melangkah maju menerusi  filem pertama, Sultanat (1986). 

Sehingga kini, Juhi telah membintangi ratusan  filem dan meraih pengiktirafan tertinggi dalam dunia lakonan.

SUSHMITA SEN (MISS UNIVERSE 1994)

MERANGKUL gelaran Miss Universe 1994, Sushmita Sen tidak hanya unggul sebagai seorang ratu cantik. 

Sebagai pelakon, dia telah menggondol beberapa trofi termasuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filmfare Awards (1999) menerusi  filem Biwi No.1. 

Memulakan karier lakonan menerusi  filem, Dastak (1996), nashkah lakonan Sushmita tidak sukar untuk pecah panggung antaranya Aankhen (2002), Main Hoon Na (2004) dan Maine Pyaar Kyun Kiya? (2005). 

Mengambil keputusan untuk ‘berehat’ sebentar, wanita berusia 48 tahun ini membuat kemunculan menerusi drama bersiri Taali (2023) dengan memegang watak sebagai seorang transgender.

PRIYANKA CHOPRA (MISS WORLD 2000)

BINTANG Bollywood seorang ini tidak perlu diperkenalkan. Bermula dengan kemenangan sebagai Miss World 2000, Priyanka Chopra terus mengorak langkah sehingga berjaya menembusi pasaran Hollywood. 

Dia memulakan kerjaya lakonan menerusi  lem The Hero: Love Story of a Spy dan sehingga kini, wajahnya telah membarisi puluhan  filem pecah panggung kerana kemampuan serta bakatnya. 

Biarpun isteri kepada penyanyi, Nick Jonas ini berdepan kritikan kerana kecelaruan budaya, namun dia masih mendapat perhatian dan tawaran lakonan kerana kecantikan serta bakat yang diperakui.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya