Cupcake Aisyah bukan penyondol, Rosyam minta maaf, Fathia Latiff tidak okey? - Utusan Malaysia

Cupcake Aisyah bukan penyondol, Rosyam minta maaf, Fathia Latiff tidak okey?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANYA dengan satu video TikTok, trending berhari-hari. Itulah yang terjadi apabila pempengaruh media sosial, Kasih Leona memuat naik video memberi bayangan bahawa bekas kekasihnya ‘disondol’ teman baik sendiri.

Walaupun anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu tidaklah menyatakan siapakah gerangan teman yang dimaksudkan, namun warganet tidak berdiam diri.

Digeladah semula video lama milik pelakon bernama Cupcake Aisyah yang pernah menunjukkan bekas kekasih Leona ada mengunjunginya untuk memberikan jam berjenama. Maka semua petanda ‘teman baik’ yang dimaksudkan Leona hanya tertuju kepada satu nama iaitu Aisyah.

Awalnya, Aisyah hanya mendiamkan diri. Namun apabila semakin hari, semakin banyak kecaman diterima di media sosial, pelakon berusia 22 tahun itu akhirnya membuat satu kenyataan menafikan segala tuduhan yang membabitkan namanya.

Menurut Aisyah, mereka bertiga adalah kawan baik yang sering memberikan sokongan terutama dari aspek kerjaya. Walaupun hubungan Leona dan jejaka itu sudah berakhir, Aisyah menjelaskan dia juga menjauhi lelaki itu demi menghormati persahabatannya dengan Leona.

Berkenaan dengan video yang tular juga, pelakon itu hanya meminta bantuan jejaka itu untuk mendapatkan jam tangan mewah yang sudah lama diidamkannya selama ini. Namun, wang untuk membeli jam berkenaan datang daripada duit poketnya sendiri.

Bagi menutup segala kontroversi, Aisyah memohon kemaafan kepada pihak Leona dan mengambil keputusan berehat dari media sosial dan kerjayanya sebagai pempengaruh buat sementara waktu.

Rosyam dan rumah pelacuran

Apabila isu ini reda, tular pula sebuah video temu ramah podcast bersama pelakon dan penerbit, Rosyam Nor yang menyatakan cadangannya membuka sebuah rumah pelacuran untuk warga negara asing yang tinggal berjauhan dengan keluarga.

Dalam video berkenaan, Rosyam menyatakan pendapat peribadinya bahawa pembukaan rumah pelacuran adalah salah satu jalan untuk mengurangkan kes rogol di negara ini.

Pandangan peribadi Rosyam itu mencetuskan perdebatan yang sangat hebat termasuklah dalam kalangan agamawan. Rumah pelacuran bukan hanya bertentangan dengan Islam malah akan menimbulkan masalah lebih besar seperti kesihatan, pengaruh budaya tidak sihat dan juga jenayah penyeludupan manusia khususnya kanak-kanak.

Dalam satu hantaran di Instagram, Rosyam bagaimanapun memohon maaf dan menjelaskan video yang tular adalah potongan daripada keseluruhan perbincangan ‘Otak Porno’ di podcast Suhan Channel. Dia juga tidak menyangka pandangannya boleh mencetuskan kemarahan dan kritikan hebat daripada warganet.

Fathia okay atau tidak?

Namun, kontroversi paling hangat minggu ini semestinya membabitkan pelakon Fathia Latiff yang tiba-tiba menyatakan pelakon Zahirah MacWilson berwajah bibik dan menuduhnya membuat rawatan bibir.

Walaupun Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza hanya mengunci mulut. Namun bekas sahabat baik Fathia, Zarina Anjoulie menyelar tindakan pelakon Ariana Rose itu yang disifatkan busuk hati. Maka bermulalah perang mulut antara mereka berdua di media sosial.

Tidak berhenti di situ, Fathia turut memuat naik kenyataan berani mati mengatakan suami Zahirah yang juga bekas teman lelakinya masih sayang padanya.

Dia turut memuat naik keratan akhbar 8 tahun lalu demi mengukuhkan bukti Aiman masih mencintainya. Aduh, makin menjadi-jadi pula Fathia ini. Ada juga yang cakap Fathia tidak sihat. Jika betul dakwaan itu, semoga dia cepat sembuh ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya