Blinken dakwa konflik Israel-Hamas tidak meningkat

Blinken dakwa konflik Israel-Hamas tidak meningkat

ANTONY Blinken bercakap kepada ahli media sebelum menaiki pesawat di Kaherah, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat,  Antony Blinken yang membuat lawatan seminggu ke Asia Barat berkata, konflik Israel-Hamas tidak meningkat di seluruh rantau itu sedangkan Israel menyerang selatan Gaza lebih tiga bulan.

Semasa Blinken mengakhiri lawatan di rantau ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin mendengar hujah dalam kes penting yang menuduh Israel melanggar Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Afrika Selatan memberitahu ICJ bahawa kempen pengeboman Israel ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung mewajarkan dakwaan munasabah tindakan pembunuhan beramai-ramai serta mendesak untuk menghentikan operasi ketenteraan dengan segera.

Di Kaherah, Blinken bertemu dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, seorang pengantara utama dalam usaha menamatkan perang yang dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel.

“Saya tidak fikir konflik semakin meningkat kerana pihak berkepentingan serantau tidak mahu perkara itu, kata diplomat tertinggi itu kepada pemberita.

Keganasan yang melibatkan kumpulan berkuasa Lubnan, Hezbollah dan kumpulan bersenjata lain yang disokong Iran di Iraq, Syria dan Yaman meningkat sejak awal Oktober lalu, mencetuskan kebimbangan konflik semakin meningkat.

Hezbollah, sekutu Hamas yang sering berbalas tembakan dengan tentera Israel sejak permulaan perang berkata, serangan Israel membunuh dua pegawai perubatan gabungan di selatan Lubnan, Khamis lalu.

Hezbollah mengumumkan ia melancarkan roket di utara Israel sebagai tindak balas dengan tentera Israel mengatakan ia menyerang sasaran Hezbullah dan beberapa kawasan di wilayah Lubnan.

Ketegangan juga meningkat di Laut Merah, di mana serangan oleh pemberontak Yaman yang disokong Iran telah mengganggu perkapalan di laluan maritim yang penting.

Majlis Keselamatan PBB pada Rabu lalu menerima pakai resolusi yang menuntut Houthi segera menghentikan serangan yang dikatakan pemberontak menyokong rakyat Palestin.

Selepas tentera AS dan British memintas serangan besar Houthi, ketua pemberontak Abdulmalik al-Houthi pada Khamis lalu mengancam bahawa sebarang ‘pencerobohan’ akan disambut dengan tindak balas yang lebih “lebih hebat”.

Afrika Selatan yang membawa kes terhadap Israel di ICJ berhujah bahawa tindak balas tentera Israel terhadap serangan Hamas yang belum pernah berlaku sebelum ini adalah bertujuan untuk memusnahkan kehidupan Palestin.

Adila Hassim, seorang peguam terkemuka untuk Afrika Selatan yang lama menyokong perjuangan Palestin berkata, kempen pengeboman mendorong penduduk di Gaza yang diperintah Hamas di ambang kebuluran.

“Tiada serangan bersenjata ke atas wilayah negeri, tidak kira betapa seriusnya… boleh memberikan justifikasi untuk atau mempertahankan pelanggaran Konvensyen Genosid”, kata Menteri Kehakiman Pretoria, Ronald Lamola di mahkamah di The Hague.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya