Bila media sosial dijadikan lubuk konten syok sendiri

Bila media sosial dijadikan lubuk konten syok sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SESUATU yang menjadi kerisauan saya mengenai media sosial ialah ia digunakan sebagai lubuk konten syok
sendiri.

Di platform itulah juga digunakan sebagai siaran mengeluarkan sebarang kenyataan sesedap rasa. Lebih-lebih dalam kalangan selebriti dan orang ternama.

Sebabnya insan bergelar ikon dan orang terkenal inilah yang boleh memberikan 1,001 implikasi dalam kalangan umum, negara dan orang awam. Apa sahaja keluar dari mulut mereka pasti mengundang perhatian.

Terbaharu dan masih hangat diperkatakan ialah Datuk Rosyam Noor yang mengemukakan cadangan peribadinya agar rumah pelacuran khusus untuk pekerja asing dibuka di sini, di negara yang agama rasminya adalah Islam.

Biarpun huluran maaf sudah diberikan dek cadangan tak bermoralnya itu, ia belum cukup meredakan banyak hati yang rasa terkilan dengan kenyataan dangkal seperti itu.

Statement ‘tak sangka benda ini akan jadi viral’ sukar sangat nak saya terima dengan hati terbuka.

Lebih-lebih lagi dia ‘mengajak’ orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuatnaik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

Sempat lagi nak buat promosi.

Saya kira kalau orang asing yang dimaksudkan itu, memahami cadangan diberikan itu pun, mereka akan naik angin dan marah sebab nilai harga diri mereka diletakkan pada tempat yang sebegitu rendah.

Agaknya apalah reaksi isteri, teman wanita dan ahli keluarga orang asing yang ditinggalkan di negara asal bila mendengarnya. Itulah, bukan semua benda boleh dibuat ‘gurau’.

Saya melihat isu tentang warga asing di negara ini bukannya jenayah seksual, sebaliknya ramai dalam kalangan mereka, mencuri rezeki orang tempatan.

Hari ini warga asing ‘bersepah’. Kalau saya ke pasar Selayang, memang merekalah yang ramai membuka gerai berniaga di kaki-kaki lima.

Hairannya orang kita langsung tidak berkira. Boleh pula membeli dan memberikan sokongan pada perniagaan mereka dengan menjadi pelanggan.

Walhal ramai saja peniaga tempatan berniaga di tempat sama.

Di kawasan perumahan pula warga asing inilah ambil upah mesin rumput. Kalau satu rumah dikenakan RM50, andaikan kalau 10 rumah sehari? Kalau sebulan atau setahun dah berapa dia dapat?

Tak kan orang kita tak reti sangat pegang mesin rumput? Laman rumah bukan sebesar padang bola pun.

Di kampung-kampung, ramai warga asing mengambil upah mengait buah kelapa dan membersihkan kebun serta ladang sebab tenaga muda semuanya berebut kerja di ibu kota atau ke negara jiran yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Akhirnya tinggallah warga emas yang tidak ada kurdat dan semakin dimamah usia bersendirian di rumah yang kian tiada penghuni.

Sesuatu perlu dilakukan supaya warga asing ini tidak sewenang-wenangnya dan sebebas-bebasnya ‘menjajah’ negara kita. Kenapa mereka ini terlalu ramai?

Lihatlah isu ini daripada sudut pandangan yang matang.

-Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya