Biden raih sokongan pengundi kulit hitam di Carolina Selatan

Biden raih sokongan pengundi kulit hitam di Carolina Selatan

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLUMBIA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkempen ke Carolina Selatan untuk meraih sokongan pengundi kulit hitam sebagai memulakan kalendar pertandingan Parti Demokrat untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024, November depan.

Hal ini berikutan terdapat peningkatan sokongan berdasarkan pangkalan data besar pengundi kulit hitam di negeri itu.

Biden yang pada masa ini kelihatan bersedia untuk perlawanan semula dengan bekas Presiden AS, Donald Trump selepas pertandingan Pilihan Raya AS 2020.

Bekas Presiden Republikan itu (Trump) dikatakan  ancaman kepada masyarakat kulit berwarna di AS.

Biden bersedia untuk menjadi ‘tajuk’ utama majlis makan malam Parti Demokrat di Carolina Selatan sebagai menandakan pemilihan pertama rasmi parti itu bulan depan.

Beliau akan menjelaskan mengapa dirinya hilang sokongan dari negeri Iowa dan New Hampshire pada hari undian yang lepas selain memberi bayangan tentang bagaimana dia merancang untuk menyerang Trump.

Timbalan Pengurus Kempen Biden, Quentin Fulks berkata, Biden sudah lama percaya bahawa proses pencalonan harus mencerminkan kepelbagaian dalam parti yang dipimpinnya.

Katanya, Biden akan memberi komitmen penuh kepada pengundi kulit hitam yang merupakan tulang belakang Parti Demokrat,” katanya.

Undian untuk Parti Demokrat di Carolina Selatan akan diadakan pada 3 Februari ini dan Biden dijangka menang dengan mudah.

Presiden AS itu dikatakan mendengar dan mendapat ulasan bercampur-campur daripada beberapa pengundi kulit hitam pada tahun 2020, termasuk rasa tidak puas hati atas kegagalannya untuk menyampaikan perundangan hak mengundi dan isu-isu lain. 

Biden berharap tumpuan kepada Carolina Selatan akan membantu meningkatkan sokongan dalam kalangan pengundi kulit hitam. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya