GAZA: Kementerian Kesihatan wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas memberitahu, pengeboman Israel hari ini membunuh berpuluh-puluh penduduk Gaza dan kira-kira 100 orang cedera.
Sementara tentera Israel berkata, ia menyasarkan ‘pengganas’ yang cuba meletakkan alat letupan berhampiran tentera dan depot senjata di Khan Younis.
Kebakaran yang dicetuskan oleh pengeboman tentera Israel marak di kawasan Deir al-Balah tengah Gaza dan kem pelarian Al-Maghazi.
“Orang ramai selamat di rumah mereka, rumah itu pula penuh dengan kanak-kanak. Ada sekitar 30 orang. Tiba-tiba rumah mereka runtuh dan jatuh menghempap mereka… Apa dosa yang dilakukan oleh kanak-kanak ini?” kata salah seorang penduduk, Ibrahim al-Ghimri kepada AFP.
Tentera Israel, dalam kempennya untuk memusnahkan kumpulan pejuang Islam melaporkan, lebih banyak serangan akan dilakukan di dalam dan sekitar Bandar Gaza,.
Kini zon pertempuran bandar yang sebahagian besarnya musnah dan Khan Younis, bandar terbesar di selatan wilayah itu.
Kementerian kesihatan Gaza melaporkan, berpuluh-puluh syahid dan lebih 100 cedera dalam pengeboman udara dan artileri yang berterusan di rumah penduduk di Gaza.
Ketegangan juga meningkat dengan jiran utara Israel, Lebanon, di mana serangan di Beirut, yang diandaikan secara meluas dilakukan oleh Israel yang turut membunuh Timbalan Pemimpin Hamas, Saleh al-Aruri.
Aruri terbunuh pada Selasa lalu di selatan Beirut, kubu kuat pergerakan Hezbollah yang disokong Iran.
Hezbollah berikrar bahawa pembunuhan Aruri dan enam lagi pemimpin Hamas tidak akan terlepas daripada hukuman.
Mereka melabelkannya sebagai serangan serius ke atas Lubnan dan perkembangan berbahaya.
Pemimpin Hezbullah, Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Israel terhadap konflik yang berlaku.
Nasrallah berkata, buat masa ini, pihaknya berjuang di barisan hadapan dan memberi amaran bahawa mereka akan berjuang berhabis-habisan jika Lubnan diganggu.
“Jika musuh berfikir untuk melancarkan perang ke atas Lubnan, kami akan berjuang tanpa sekatan, tanpa peraturan, tanpa had,” ujarnya.-AFP