Bela anjing macam 'anak' sendiri - Utusan Malaysia

Bela anjing macam ‘anak’ sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Anjing antara haiwan peliharaan yang paling banyak dibela masyarakat dunia. Selain keletahnya yang manja dan mencuit hati, anjing juga memerlukan perhatian sama seperti manusia.

Pencinta haiwan, Frisca Freddy berkata, kesemua anjing yang pernah dipelihara merupakan binatang yang diselamatkan dan terdampar di jalanan.

“Saya tak pernah beli anjing di kedai atau pada individu lain sebab tak percaya dengan konsep pembiakan.

“Sebaliknya, saya yakin dan percaya lebih ramai individu di dunia perlu tampil ke hadapan bagi menyelamatkan anjing yang diseksa, terbiar atau tiada ruang berteduh,” katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Frisca yang kini menetap di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) selepas mendirikan rumah tangga bersama warganegara itu, memberitahu, dia kini hanya mempunyai seekor anjing yang diberi nama sebagai Honey Bun.

Katanya, anjing betina yang diselamatkan dari tempat perlindungan haiwan itu merupakan kacukan daripada baka Basenji, Corgy dan Jack Russell.

Kongsinya, Honey Bun sudah dijaga seperti anak sendiri kerana setiap hari wanita ini akan memastikan ia mendapat makanan yang sihat dan diet seimbang.

“Kadang-kadang saya masak untuk Honey Bun. Ia hanya ambil makanan yang sihat sahaja, lebih sihat daripada makanan saya sendiri.

“Saya sanggup berhabis ratusan dolar AS demi memastikan ia mendapat vitamin, makanan serta kos veterinar,” katanya yang bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan.

Lebih menarik, anjing betina itu mempunyai tiga katil sendiri dengan katil paling besar diletakkan dalam bilik tidur utama di rumahnya.

Dalam masa sama, Frisca turut meluahkan kesedihan kerana tiga daripada empat anjing miliknya di Malaysia sudah mati akibat dilanggar kereta serta diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Lebih menyayatkan hati, katanya, anjing kesayangannya menemui ajal dua minggu sebelum dirinya berkahwin, Februari lalu.

“Selepas anjing mati akibat diracun, saya menanggung kos perubatan yang agak besar. Hampir RM2,000 saya habis bagi memastikan mereka kekal hidup dan pulih seperti sedia kala.

“Saya berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka selamat. Namun, ada yang akhirnya mati secara perlahan-lahan di atas pangkuan saya sendiri.

“Sekarang, hanya tinggal seekor anjing di Malaysia yang kini dijaga oleh ibu saya di Sarawak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya