Banjir: RM50 juta bantu pemain agromakanan yang terkesan

Banjir: RM50 juta bantu pemain agromakanan yang terkesan

MOHAMAD Sabu (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima selepas Majlis Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membantu pemain industri agromakanan yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bantuan di bawah Tabung Bencana Pertanian itu memberi pampasan sehingga 50 peratus daripada nilai kerugian yang ditanggung oleh mereka.

“Bantuan yang bermula hari ini melibatkan petani, penternak, peladang dan nelayan. Di Kelantan seramai 1,875 orang penerima yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian melibatkan peruntukan RM20,308,752.

“Kesemua penerima ini dari jajahan Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Tunjung di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, pada masa pihaknya turut mengumpulkan maklumat berkait dengan pemain industri agromakanan yang terjejas dengan banjir di negeri-negeri lain.

Katanya, kumpulan ini bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan tetapi ada dalam kalangan mereka mengalami kerugian apabila tanaman, ternakan, jentera dan infrastruktur ditenggelami banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya