Banjir: Kerajaan belanja lebih RM50 juta baiki jalan rosak

Banjir: Kerajaan belanja lebih RM50 juta baiki jalan rosak

ALEXANDER Nanta Linggi (tengah) diberi penerangan oleh Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Ir Mohd. Nasir Bontat semasa membuat lawatan di lokasi runtuhan Jalan Dabong-Jeli di Kampung Kubur Datu, Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI : Kerajaan membelanjakan lebih RM50 juta bagi kerja-kerja pembaikan jalan runtuh dan rosak di beberapa buah negeri yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan segera itu melibatkan beberapa jalan yang mengalami kerosakan seperti cerun runtuh, runtuhan jalan dan jalan berlubang.

Menurutnya, kesemua kerja-kerja pembaikan itu akan dilaksanakan segera dan dijangka siap pada April ini atau sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Semua kerja pembaikan dilaksanakan segera. Kita telah mengarahkan semua syarikat konsesi yang terlibat untuk menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan tanah runtuh di Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli berhampiran Kampung Kubur Datu, di sini hari ini.

Alexander memberitahu, Kelantan dan Terengganu merupakan antara negeri yang tertinggi menerima peruntukan bagi kerja pembaikan jalan akibat banjir.

Katanya, setakat ini, sebanyak enam lokasi telah dikenal pasti untuk kerja-kerja pembaikan jalan akibat banjir di Kelantan dengan kos sebanyak RM10.6 juta.

“Lokasi tersebut antaranya di Jeli iaitu di Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli dengan anggaran kos baik pulih sebanyak RM700,000 dan Jalan Berdang-Sungai Rual (RM5 juta) dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah di Rantau Panjang (RM1.3 juta). 

“Selain itu, Jalan Pulai ke Gua Musang melibatkan kos pembaikan sebanyak RM1.5 juta, Jalan Kota Bharu-Rantau Panjang (RM900,000) dan Jalan Lojing-Gua Musang (RM1.2 juta),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya