PETALING JAYA: Ikon sukan berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menyambut hari lahir dengan sangat bermakna selepas isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samat selamat melahirkan cahaya mata keempat di Melbourne, Australia hari ini.
“Syukur isteri yang tersayang memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna. Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga.
“Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan dan diikuti dengan doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar, maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu.
“Alhamdulillah syukur isteri dan bayi sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.
Bagaimanapun Azizul, pemenang pingat perak acara keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 enam lalu, tidak mendedahkan jantina cahaya mata keempat itu sama ada lelaki atau perempuan.
Dalam pada itu, dengan kelahiran anak keempat ini pastinya memberi pembakar semangat kepada The Pocketrocketman untuk menjuarai Kejohanan Olimpik Paris 2024 pada bulan Ogos nanti.