AS, Mesir, Qatar dan Israel di Paris runding gencatan senjata

AS, Mesir, Qatar dan Israel di Paris runding gencatan senjata

GAMBAR menunjukkan askar Israel berdiri di atas kereta kebal sekembalinya dari misi ketenteraan di wilayah Palestin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) serta pegawai tertinggi Mesir, Qatar dan Israel dilaporkan berada di Paris sebagai usaha ke arah gencatan senjata Israel di Gaza bermula kelmarin.

Menurut sumber, pihak berkuasa Perancis juga berhubung dengan empat negara ini dengan tujuan berunding untuk menghentikan permusuhan antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas di wilayah yang dikepung.

Israel berkata, perbincangan di Paris itu dihadiri Ketua Agensi Perisikan Mossad dan Agensi Keselamatan Shin Bet.

Sumber keselamatan memberitahu Ketua CIA, William Burns akan bertemu rakan sejawatannya dari Israel dan Mesir serta perdana menteri Qatar dalam beberapa hari akan datang.

Sumber itu mengesahkan laporan dalam The Washington Post minggu lalu bahawa Presiden AS, Joe Biden menghantar Burns untuk merundingkan pembebasan baki tebusan Israel yang dikuasai Hamas sebagai pertukaran untuk gencatan senjata.

Lebih ramai rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal ketika Israel memerangi Hamas di selatan Gaza.

The New York Times pula berkata, perunding yang diketuai AS semakin hampir dengan perjanjian di mana Israel akan menangguhkan perangnya di Gaza selama kira-kira dua bulan sebagai balasan untuk membebaskan lebih 100 tebusan.

Memetik pegawai AS yang tidak dikenali, ia berkata, perunding membangunkan draf perjanjian yang akan dibincangkan di Paris.

Qatar memainkan peranan penting dalam rundingan terbaharu selepas menjadi broker perjanjian pembebasan tebusan pada bulan November tahun lalu.

Serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel mengakibatkan kira-kira 1,140 kematian, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan angka rasmi AFP.

Pejuang Hamas juga me­rampas kira-kira 250 tebusan dan Israel berkata, kira-kira 132 daripada mereka kekal di Gaza, termasuk sekurang-kurangnya 28 tawanan yang mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya