AS, Britain lancar serangan ke atas Houthi

AS, Britain lancar serangan ke atas Houthi

JET AS berlepas dari kapal pengangkut pesawat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan serangan udara dan laut terhadap tentera Houthi di Yaman sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan itu ke atas kapal di Laut Merah.

Laporan media AS itu turut disokong kenyataan saksi yang melihat serangan udara terbabit di beberapa bandar sekitar Yaman.

Beberapa media melaporkan, serangan itu membabitkan jet pejuang dan peluru berpandu Tomahawk, namun pihak berkuasa AS enggan mengesahkannya.

Serangan udara itu dilaporkan menyasarkan beberapa bandar sekitar Yaman, di mana puak Houthi mengawal sebahagian besar wilayahnya.

“Serangan yang disasarkan ini adalah mesej jelas bahawa AS dan sekutu kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan ke atas ‘orang kami’ atau membenarkan pihak yang bermusuhan menjejaskan kebebasan pelayaran,” kata Presiden AS, Joe Biden.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin yang berada di hospital kerana komplikasi pembedahan dalam satu kenyataan berkata, serangan itu menyasarkan aset Houthi termasuk dron, peluru berpandu balistik, kapal laut, radar Coastal serta pengawasan udara.

Seorang pegawai Houthi mengesahkan serangan di ibu negara Sanaa, bandar Saada, Dhamar serta di wilayah Hodeidah, menggelarnya sebagai ‘pencerobohan Amerika, Zionis, Britain’.

Saksi memberitahu, serangan itu menyasarkan pangkalan tentera bersebelahan dengan lapangan terbang Sanaa, tapak tentera berhampiran lapangan terbang Taiz, pangkalan tentera laut Houthi di Hodeidah dan tapak tentera di wilayah Hajjah.

Serangan itu jelas mempunyai kaitan dengan perang Israel-Hamas walaupun AS berkata, pihaknya tidak ada niat untuk meningkatkan ketegangan.

Pegawai AS berkata, berpuluh-puluh lokasi menjadi sasaran bertujuan untuk melemahkan keupayaan tentera Houthi dan bukan sekadar simbolik.

“Matlamat serangan ini sangat jelas dari awal dan dari Presiden, dan ia adalah untuk menghapuskan aset Houthi dengan menyasarkan kapal maritim, sama ada kapal komersial atau tentera,” kata seorang pegawai kanan tentera AS.

Sejak akhir Disember, Houthi menyerang 27 kapal dan menjejaskan perdagangan antarabangsa di laluan utama antara Eropah dan Asia yang menyumbang kira-kira 15 peratus daripada trafik perkapalan dunia.

Houthi yang merampas sebahagian besar Yaman dalam perang saudara, berikrar untuk menyerang kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel atau menuju ke pelabuhan Israel.

Pemimpin Houthi berkata, sebarang serangan AS ke atas kumpulan itu tidak akan berakhir tanpa tindak balas.-REUTERS/AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya