DAVOS: Arab Saudi masih mempertimbangkan pelawaan untuk menjadi ahli blok Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) selepas dijemput menyertai kumpulan itu tahun lepas.
Dua sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu memberitahu, kumpulan tersebut pada Ogos lalu menjemput Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Iran, Argentina dan Ethiopia untuk menyertai mereka mulai 1 Januari 2024.
Bagaimanapun, Argentina memberi isyarat bahawa tidak akan menerima jemputan itu pada November lalu.
Kedua-dua sumber itu berkata, tarikh 1 Januari bukanlah tarikh akhir untuk membuat keputusan dengan satu tambahan terdapat faedah yang kukuh untuk menyertai blok berkenaan kerana ahli kumpulan, China dan India adalah rakan dagang terbesar kumpulan tersebut.
“Arab Saudi sedang menilai faedah dan kemudian akan membuat keputusan, ada proses yang berlaku,” kata salah seorang sumber.
Pengembangan kumpulan itu akan menambah peningkatan ekonomi kepada BRICS yang ahli semasanya ialah China, Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan.
Ia juga boleh menguatkan cita-cita yang diisytiharkan untuk menjadi juara Global Selatan.
Dalam pada itu, Menteri Ekonomi Arab Saudi, Faisal Alibrahim kemudian mengesahkan kerajaan itu masih dalam proses membuat keputusan untuk menyertai blok tersebut.
Riyadh sedang menimbang pilihannya dengan latar belakang ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di antara Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia.
Di sebalik hubungan kukuhnya dengan AS, Arab Saudi semakin membawa haluannya sendiri kerana bimbang AS kurang komited terhadap keselamatan Teluk berbanding sebelum ini.
Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan di Universiti Naif Arab untuk Sains Keselamatan, Hesham Alghannam berkata, walaupun secara rasmi menyertai kumpulan itu menguntungkan ekonomi kerajaan, ia mesti mempertimbangkan dengan teliti implikasi politik dengan kuasa-kuasa besar lain.
“Kumpulan itu bertujuan untuk mengekalkan jarak dari semua kuasa besar dan pada masa ini, ia tidak boleh menghantar sebarang isyarat yang boleh disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak,” kata Hesham.
Selasa lalu, Menteri Perdagangan Arab Saudi menyatakan bahawa Arab Saudi tidak menyertai BRIC dalam persidangan di Forum Ekonomi Dunia di Davos, tanpa mengulas lanjut.
Berikutan kenyataan menteri itu, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, penyertaan Arab Saudi ke dalam blok BRIC adalah sangat penting.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar UAE, rakan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) juga menerima jemputan untuk menyertai blok itu.
Dalam pada itu, Menteri Ekonomi UAE, Abdulla Touq al Marri berkata, keputusannya adalah berdasarkan pertimbangan ekonomi dan bukan politik.
“Kami tidak hidup dalam perang dingin… menyertai BRIC bukan dari pendirian politik, ia dari pendirian ekonomi.
“Ya, polarisasi berlaku, ia tidak pernah berlaku sebelum ini sejak 1980-an, tetapi penyertaan BRIC lebih kepada agenda selatan-selatan… UAE akan sentiasa melibatkan Barat,” kata Marri dalam satu sesi di Davos.-REUTERS