Anak mula bercerita tentang cinta

Anak mula bercerita tentang cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
ANAK perempuan saya berusia 14 tahun sering bercerita tentang rakan lelaki dia minati kepada saya. Minat diam-diam takdalah sampai bercouple. Sebagai ibu bapa kami risau. Khuatir anak mudah terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat. Apa cara untuk kami memberi teguran kepada anak tanpa menguris hatinya?
-ALYA, SABAH.

JAWAPAN
Bergelar sebagai ibu bapa adalah satu tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak. Tidak dinafikan setiap ibu bapa pasti menginginkan kehidupan terbaik untuk anak-anak mereka.

Bagaimanapun, saya yakin bukan mudah sebenarnya untuk mengurus anak-anak terutama anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Tahniah saya ucapkan kepada yang bertanya kerana saya yakin puan ibu yang sangat baik.

Mana tidaknya, bukan mudah untuk seorang ibu mendapat kepercayaan daripada anak mereka. Sekiranya mereka mula berkongsi dengan anda, itu menunjukkan bahawa anda telah berjaya mendidik mereka
dengan cara yang betul.

Namun begitu, terjebak dalam dunia percintaan di usia muda sangat membimbangkan. Saya kongsikan beberapa cara sebagai panduan:

a) Cari masa yang sesuai – Masa yang sesuai seperti hujung minggu untuk berbicara dengan anak-anak. Beri peluang untuk anak-anak berkongsi dan ibu bapa berperanan memandu perbualan dengan memberi nasihat dan teguran. Nasihat diberikan secara bersantai lebih mudah difahami dan diterima oleh anak.

b) Menunjukkan minat dan memberi sokongan – Anak-anak akan merasa selesa apabila ibu bapa menjadikan mereka sebagai kawan baik. Tunjukkan kemesraan dan keterbukaan anda mendengar perkongsiaan mereka. Ia sekali gus dapat membuka ruang untuk anda menasihati mereka secara tidak langsung.

c) Memberi penjelasan – Setiap persoalan daripada anak-anak perlu diberi penjelasan. Ibu bapa boleh memberi contoh kisah-kisah wanita solehah dan jelaskan kepentingan menjaga maruah diri.

Menyukai individu berlainan jantina itu adalah normal, bagaimanapun ibu bapa perlu menjelaskan cara untuk menguruskan emosi apabila perasaan itu hadir supaya anak-anak tidak mudah terjebak dengan cinta yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

d) Elakkan memberi ugutan atau teguran negatif semasa anak berkongsi – Anak remaja sangat sensitif dengan teguran yang mengancam mereka. Oleh itu, ibu bapa berperanan mendekati dan menasihati mereka dengan berhemah.

e) Menambah ilmu pengetahuan – Kadangkala bukan semua perkara ibu bapa ketahui. Ambil masa untuk menyertai program-program parenting di Youtube, Facebook, Tiktok dan sebagainya. Ilmu-ilmu yang dipelajari dapat menjadi panduan kepada ibu bapa dalam menguruskan anakanak.

f) Berdoa pada Allah SWT – Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak-anak dapat menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa yang terbaik untuk mereka agar setiap urusan dan langkah mereka sentiasa dalam jagaanNya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya