NEW YORK: Alaska Airlines meneruskan penerbangan secara beransur-ansur dengan pesawat Boeing 737 MAX 9, bermula Jumaat lalu.
Perjalanan pertama ialah penerbangan 1146 dari Seattle ke San Diego dengan waktu berlepas 2.20 petang (waktu tempatan) dan tiba di California pada pukul 6.14 petang.
Penerbangan itu dibuat selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menjalankan program penyelenggaraan dan pemeriksaan pesawat jenis MAX 9 dengan tujuan menyambung semula perkhidmatan.
Alaska Airlines berkata, ia menjangkakan pemeriksaan sebanyak 65 pesawat MAX 9 milik mereka dan akan selesai menjelang akhir minggu ini supaya membolehkan jadual penerbangan disambung semula.
“Setiap 737-9 MAX kami akan kembali beroperasi hanya selepas pemeriksaan rapi selesai dan setiap pesawat dianggap layak memulakan penerbangan mengikut keperluan FAA.
“Pemeriksaan dijangka mengambil masa sehingga 12 jam bagi setiap pesawat,” kata syarikat itu.
Penerbangan semula pesawat Boeing 737 MAX 9 dilakukan selepas tiga minggu kejadian letupan panel pintu pesawat sewaktu penerbangan Alaska Airlines berlepas yang mendorong pemeriksaan menyeluruh ke atas pesawat tersebut,
Pada malam 5 Januari lalu, Alaska Airlines 1282 membawa 174 penumpang dan enam anak kapal menuju ke Ontario, California, apabila palam pintu tercabuthanya beberapa minit selepas Boeing 737 Max 9 berlepas dari Portland.
Pesawat itu bagaimanapun selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Portland. -REUTERS