Alaska Airlines dapati banyak bolt longgar pada pesawat 737 MAX

Alaska Airlines dapati banyak bolt longgar pada pesawat 737 MAX 9

GAMBAR yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan menunjukkan lubang ternganga pada badan pesawat 7 Januari lalu di mana pintu berpanel itu terlepas dari Pesawat 1282 Alaska Airlines dua hari sebelumnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Boeing kini mendapat tekanan baharu apabila Alaska Airlines mendapati pemeriksaan yang dijalankan selepas insiden berbahaya menemukan banyak bolt longgar pada pesawat 737 MAX 9 miliknya.

Ketua eksekutif syarikat itu, Ben Minicucci memberitahu NBC News bahawa pemeriksaan dalaman ke atas pesawat Boeing 737 Max 9 selepas insiden itu mendapati banyak bolt longgar pada pesawat berkenaan.

“Saya lebih berasa kecewa dan marah.

“Ini berlaku kepada Alaska Airlines. Ia berlaku kepada tetamu kami dan berlaku kepada orang kami,” katanya sambil menyeru Boeing untuk meningkatkan program kualiti mereka secara dalaman.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung 171 pesawat Boeing 737 MAX 9 berikutan insiden pada 5 Januari lalu apabila sebuah panel pintu pesawat Alaska Airlines tercabut sewaktu penerbangan dan memaksa pendaratan kecemasan.

Terdahulu, sebuah lagi syarikat penerbangan, United Airlines menimbulkan keraguan mengenai isu pesanan dan penghantaran Boeing 737 pada masa hadapan susulan kejadian yang menimpa pesawat Alaska Airlines.

Dalam persidangan yang dijalankan semalam, Ketua Pegawai Kewangan United Airlines, Michael Leskinen berkata, syarikatnya dijangka menerima penghantaran 31 daripada 107 pesawat Boeing 737 Max 9 tahun ini.

“Adalah tidak realistik pada masa ini untuk mempercayai semua pesawat itu akan dihantar seperti yang dirancang pada masa ini,” katanya.

Leskinen menambah, di samping tempahan MAX 9, United Airlines juga mempunyai 277 pesawat Boeing 737 MAX 10 yang masih belum disahkan dalam tempahan sepanjang tahun 2020 dan ke atas serta pilihan untuk membeli 200 pesawat lagi.

“Kami juga menjangkakan pengurangan dalam tempahan dan penghantaran daripada Boeing pada 2025,” katanya sambil menyatakan bahawa tempahan 737 MAX 10 juga berkemungkinan terjejas.

Jadi, pihak kami sedang berusaha melalui rancangan alternatif, tambahnya.

Saham United Airlines naik 5.3 peratus semalam, hari dagangan pertama selepas keputusan suku keempat yang kukuh diumumkan Isnin lalu.

Saham Boeing pula jatuh 1.6 peratus dan terus merosot dalam dagangan selepas waktu kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya