54 maut komuniti Sudan dan Sudan Selatan bertelagah

54 maut komuniti Sudan dan Sudan Selatan bertelagah

PEMUDA bersenjata dan militia pemberontak tempatan melakukan beberapa siri serangan terkoordinasi bermula pada pagi Sabtu lalu, -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUBA: Pertempuran di antara komuniti di wilayah yang dipertikaikan Sudan dan Sudan Selatan, Abyei membunuh 54 orang termasuk dua pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, PBB menyeru agar kedua-dua pihak bertenang.

Menurut pihak berkuasa tempatan, pertempuran di Abyei, wilayah kaya minyak yang dipertikaikan melintasi sempadan kedua-dua negara itu dilaporkan berlaku pada hujung minggu.

Pasukan Keselamatan Interim PBB untuk Abyei (UNISFA) berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan melibatkan orang awam dan pasukan pengaman.

“Pada masa ini, menurut pihak berkuasa tempatan, 52 orang awam kehilangan nyawa mereka manakala 64 yang lain dikatakan cedera parah,” kata pasukan keselamatan itu.

UNISFA berkata, pasukan pengaman diserang semalam semasa membawa orang awam yang  dari pangkalan UNISFA ke hospital.

Seorang pengaman Pakistan terbunuh manakala empat anggota beruniform dan seorang penduduk tempatan mengalami kecederaan, katanya.

Terletak di antara Sudan dan Sudan Selatan, Abyei menjadi titik perebutan sejak Sudan Selatan mencapai kemerdekaan pada 2011.

Menurut pihak berkuasa di Kawasan Pentadbiran Khas Abyei, pemuda bersenjata dan militia pemberontak tempatan melakukan beberapa siri serangan terkoordinasi bermula pada pagi Sabtu.

Sementara itu, Setiausaha Agung bagi Kawasan Pentadbiran Khas Abyei, Rou Manyiel Rou berkata, keganasan itu terikat dengan konflik yang berlarutan antara masyarakat Ngok dan Twic.

Serangan itu susulan pertempuran pada November tahun lalu yang mengorbankan 32 orang, termasuk seorang pengaman PBB.

Misi pengaman PBB yang berusia 12 tahun di Abyei kini terdiri daripada kira-kira 4,000 anggota tentera dan polis.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya