117 Rohingya ditangkap di Myanmar kerana cuba lari ke Malaysia 

117 Rohingya ditangkap di Myanmar kerana cuba lari ke Malaysia 

Syor supaya kerajaan meletakkan pelarian di sebuah pulau tidak masuk akal.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kira-kira 117 etnik Rohingya dari Myanmar barat yang dilanda perang ditangkap ketika cuba melarikan diri dari negara itu ke Malaysia, kata sumber keselamatan tempatan kepada AFP.

Seramai 59 lelaki dan 58 wanita ditahan dari dua trak di perbandaran Thanbyuzayat di timur negeri Mon, menurut sumber keselamatan tempatan yang enggan namanya disiarkan kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Sumber itu berkata, kumpulan itu menuju ke Malaysia melalui Thailand.

Menurut laporan awal, kumpulan itu melakukan perjalanan pertama dengan bot dari Sittwe dan Maungdaw di negeri Rakhine dan kemudiannya dijemput oleh pengedar di Thanbyuzayat untuk perjalanan seterusnya ke Thailand sebelum ditinggalkan di sana.

Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam dilihat di Myanmar sebagai kumpulan penceroboh dari Bangladesh. 

Mereka dinafikan kewarganegaraan dan memerlukan kebenaran untuk melakukan perjalanan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertempuran antara junta dan kumpulan bersenjata etnik Arakan Army (AA) menggegarkan sebahagian besar negeri Rakhine menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Tentera sejak itu menutup lebuh raya dan melarang perjalanan menerusi laut di negeri itu.

Pada 2017, tentera melancarkan tindakan keras terhadap Rohingya di Rakhine menyebabkan ratusan ribu minoriti yang teraniaya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh.

Tindakan keras itu kini menjadi subjek kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa manakala Rohingya yang kekal di Myanmar tertakluk kepada apa yang disifatkan kumpulan hak asasi sebagai keadaan seperti aparteid.

Setiap tahun, beribu-ribu orang Rohingya melakukan perjalanan laut yang berisiko dari Myanmar dan dari kem pelarian yang penuh sesak di Bangladesh untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Kira-kira 569 Rohingya dilaporkan mati atau hilang di laut tahun lepas, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, jumlah tertinggi sejak 2014.

Hampir 4,500 memulakan perjalanan laut dari Myanmar atau kem di Bangladesh pada 2023, kata agensi itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya