1,000 pelancong terkandas runtuhan salji di China - Utusan Malaysia

1,000 pelancong terkandas runtuhan salji di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kira-kira 1,000 pelancong masih terkandas di sebuah perkampungan terpencil selepas runtuhan salji melanda wilayah Xinjiang di barat laut China.

Lapor media CCTV, salji lebat setinggi beberapa meter dan cuaca buruk menjejaskan operasi evakuasi berkenaan.

Akses jalan ke kampung Hemu yang mana pelancong berkenaan terperangkap turut terputus akibat runtuhan salji selama 10 hari.

Kampung Hemu merupakan destinasi indah berhampiran sempadan Kazakhstan, Russia dan Mongolia.

Dilaporkan, kampung tersebut terletak di wilayah Altay Xinjiang yang mana beberapa kawasan dilanda salji berterusan sepanjang 10 hari lalu.

Jelas laporan media kerajaan, salji lebat itu mencetuskan puluhan runtuhan salji di sepanjang bahagian besar lebuh raya di pergunungan Altay menuju ke kawasan pelancongan Kanas.

Malah, helikopter terpaksa dikerahkan untuk menyelamatkan beberapa pelancong.

Jelas laporan CCTV, salji yang lebat hingga mencecah setinggi tujuh meter itu menyebabkan runtuhan salji berlaku di beberapa bahagian dan disifatkan adalah lebih tinggi daripada peralatan pembersihan salji.

Keadaan itu menyebabkan kerja-kerja pembersihan jalan diselaputi batu, serpihan dan dahan pokok sepanjang 50 kilometer terpaksa ditangguhkan ketika salji mencurah-curah di cerun hutan ke arah lembah sungai, menjadikan kenderaan pembajak salji tidak berfungsi.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan penyodok dan jengkaut.

Sementara itu, Ketua Biro Pengurusan Lebuh Raya Altay, Zhao Jinsheng berkata, pihaknya mengerahkan 53 pekerja dan 31 set jentera dan peralatan untuk operasi menyelamat dan mengagihkan bantuan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN