Tze Yong 'dilanyak' untuk hadapi kalendar 2024

Tze Yong ‘dilanyak’ untuk hadapi kalendar 2024

NG Tze Yong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan pemain perseorangan lelaki negara kini sedang melalui rejim latihan yang lebih keras dalam usaha untuk membentuk mereka menjadi pemain elit dunia apabila dikerah berlatih selama enam jam sehari.

Menerusi tinjauan sesi latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Bukit Kiara semalam, barisan pemain perseorangan lelaki negara menjalani latihan untuk tempoh yang lebih lama, iaitu selama empat jam yang hanya berakhir pada 11.00 pagi.

Ia sesuatu di luar kebiasaan memandangkan latihan skuad kebangsaan membabitkan perseorangan lelaki negara akan tamat sekitar 9.30 pagi atau 10.00 pagi dan akan bersambung satu lagi sesi untuk tempoh dua jam pada waktu petang.

Bagi salah seorang pelatih, Ng Tze Yong yang juga pemain harapan utama perseorangan lelaki mengakui sesi latihan seperti ini menuntut kecergasan fizikal yang tinggi, namun sedia untuk menerima segala ilmu bagi menempatkan dirinya dalam kelompok terbaik dunia.

Tahun ini sahaja, Tze Yong sudah pun menumbangkan beberapa nama besar antaranya pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen, juara dunia 2021, Loh Kean Yew, Angus Ng Ka Long, Chou Tien Chen dan Jonatan Christie namun kecemerlangan itu tidak diterjemahkan dengan merangkul gelaran juara.

“Memang agak mencabar dan penat, saya tidak menyukainya tetapi ini yang saya perlukan. Kemungkinan rutin latihan ini akan berterusan sehingga Terbuka Malaysia.Saya hanya ada satu sebulan sebelum musim baru bermula, jadi saya harus berusaha memberikan persiapan yang terbaik bagi kejohanan tahun hadapan.

“Saya rasa saya harus lebih konsisten, kadang-kala saya menang dengan pemain terbaik dunia, tetapi keesokan hari saya tewas kepada pemain lain. Jadi inilah perkara yang saya harus pertingkatkan.

“Saya rasa gembira ranking saya semakin meningkat (No.13 kelayakan Paris 2024), tetapi sasaran utama saya adalah Sukan Olimpik, jadi saya harus mempertahankan kedudukan ini,” jelas Tze Yong yang ditemui media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya