TMJ persoalkan keadaan padang final Piala Malaysia

TMJ persoalkan keadaan padang final Piala Malaysia

KEADAAN padang Stadium Nasional Bukit Jalil, yang dikongsi Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang hanya berbaki kurang lima hari lagi namun keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi persoalan.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkongsi gambar keadaan semasa padang  di laman Instagram miliknya, hari ini, dengan kapsyen dituju kepada Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac.

Menerusi gambar itu, menyaksikan keadaan padang yang bakal menjadi venue perlawanan akhir itu, dilihat masih dalam proses baik pulih selepas mengalami kerosakan susulan konsert Coldplay, minggu lalu.

“Standard yang bagus untuk final Piala Malaysia. Kelihatan formula dilakukan Hans Isaac berkesan,” tulis Tunku Ismail.

PSM sebelum ini memberi jaminan keadaan padang akan kembali pulih dan dapat digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT menentang Terengganu, dijadualkan berlangsung pada 8 Disember ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya