Suami kantoi ketagih tonton akaun Dark Side

Suami kantoi ketagih tonton akaun Dark Side

KERATAN tangkap layar menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik @pelisahh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang isteri meluahkan kekecewaan terhadap suaminya yang terjebak dalam ketagihan menonton akaun Dark Side (DS) dalam media sosial.

Akaun Dark Side merujuk kepada individu yang terlibat dalam kegiatan tercela dan tidak bermoral seperti menawarkan interaksi secara maya atau menjual video lucah.

Menerusi ciapan di aplikasi X, pemilik akaun yang dikenali sebagai Pelisah meluahkan penderitaannya akibat perbuatan terkutuk suaminya itu.

“Selepas ‘kantoi’ saya jadi paranoid. Saya tak boleh kalau dia duduk seorang diri. Saya pergi masak dekat dapur pun tak tenang memikirkan dia dalam bilik seorang diri. Saya tertekan dan saya tak tenang langsung,” katanya.

Luahan wanita itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet apabila ramai yang mula mengecam perbuatan lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menekankan tentang pentingnya menjaga hati pasangan masing-masing serta menghormati batasan moral dalam menggunakan media sosial.

“Selain daripada curang, ini adalah salah satu perkara paling jijik dalam perkahwinan. Kalau rasa tak boleh tahan, cubalah puasa atau amalkan gaya hidup sihat. Jangan bagi isteri sakit jiwa dan paranoid dengan kelakuan sendiri,” komen @nbella__

“Perkara buruk sebegini tak kisahlah untuk perempuan mahupun lelaki, memang kena cuba untuk tinggalkan. Walaupun secara perlahan-lahan. Usahalah dulu, sekurang-kurangnya ada juga inisiatif untuk buat perubahan,” tulis @hxydo. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya