Smocking, tak lapuk

Smocking, tak lapuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sorotan gaya minggu ini tertumpu kepada graduan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nur Mirza Syahzani Mohamad Sharkawi, dengan koleksinya, The Healing Power Of Betta Fish.

Koleksi ini menampilkan rona putih moden untuk memberikan sentuhan elegan dan menonjolkan teknik smocking.

Nur Mirza Syahzani membuktikan yang smocking boleh digayakan tanpa kelihatan outdated atau lapuk.

Penggunaannya bukan sahaja menyerlahkan keunikan dan kehalusan corak, tetapi membangkitkan potensi yang tidak terhingga dalam penggayaan.

Dengan smocking, fesyen tidak lagi membosankan. Ia memberi ruang untuk bereksperimen dengan warna, tekstur dan rekaan yang menarik, menjadikan setiap penampilan sebagai kanvas untuk kreativiti.

Sebagai koleksi akhir tahun, penggunaan teknik smocking dalam koleksi ini menjadi titik fokus yang menarik.

Teknik smocking bukan sesuatu yang baharu. Antara pereka antarabangsa yang mengaplikasikan teknik ini dalam koleksi mereka ialah Simone Rocha, J.W. Anderson dan Dries Van Noten.

Idea Rocha dilihat dalam koleksi musim bunga/panas 2020 yang mempamerkan kehalusan dan corak mengagumkan, manakala Anderson pula menerusi koleksi musim luruh/sejuk 2019 dengan sentuhan lebih futuristik.

Sementara itu, Van Noten memperlihatkan smocking dalam koleksi musim bunga/panas 2021 dengan warna dramatik dan potongan memukau.

Dalam dunia moden, teknik ini berfungsi menambahkan tekstur, dimensi dan keunikan pada setiap rekaan.

Dalam koleksi Nur Mirza Syahzani ini, penggunaan smocking memberikan corak dan tekstur menyerupai sisik betta atau ikan laga pada pakaian.

Ia membawa elemen keindahan alam dan kekuatan penyembuhan kepada rekaan fesyen.

 

Begitupun, smocking tidak hanya terhad kepada pakaian formal, ia juga boleh digunakan dalam rekaan busana harian.

Bagi wanita Malaysia, teknik ini mampu memberikan sentuhan anggun dan boleh digayakan dalam pelbagai saiz tubuh badan.

TUBUH KURUS
Untuk wanita kurus, pilihan pakaian seperti blaus dengan smocking di bahagian pinggang atau peplum smocked dapat menambahkan dimensi pada badan serta memberi kesan kurus yang lebih berisi.

TUBUH SEDERHANA
Bagi yang bertubuh sederhana, dress atau tunik longgar dengan potongan feminin dapat menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai.

TUBUH CURVY
Wanita curvy, pakaian smocked dengan corak teratur dan lembut dapat menambahkan kecantikan sambil menyorokan bahagian-bahagian gemuk pada badan. Smocking merupakan pilihan gaya yang versatil dan menarik untuk setiap wanita mengikut bentuk badan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya