Setahun Kerajaan Madani : 3,000 topi keledar diagih percuma kepada pengunjung

Setahun Kerajaan Madani : 3,000 topi keledar diagih percuma kepada pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat menyambut baik inisiatif inisiatif Kerajaan Perpaduan iaitu penukaran topi keledar baharu dengan milik mereka yang lama dalam program Setahun Bersama Kerajaan Madani 

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati rakyat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum tidak melepaskan pelung untuk beratur bagi mendapatkan topi keledar baharu.

Pengunjung, Mohd Firdaus Nur Suria, 34, berkata, melalui inisiatif Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu amat menguntungkan buat dirinya.

Katanya, beliau boleh mendapatkan topi keledar baharu tanpa mengeluarkan wang untuk menukar topi keledar miliknya yang lama dan tidak sesuai untuk digunakan di atas jalan raya.

“Saya tahu tentang program ni melalui media sosial jadi apabila nampak kerajaan melakukan inisiatif ini saya terus mencari topi keledar saya yang lama untuk dibawa tukar dengan yang baharu.

“Saya tertarik untuk datang tukar kerana dekat topi keledar putih yang kerajaan bagi ni mempunyai lambang Malaysia Madani dan ia juga daripada jenama yang baik dan selamat.

“Jadi Alhamdulilah, saya menyambut baik usaha kerajaan yang saya lihat mahu meningkatkan tahap keselamatan rakyat di atas jalan raya dengan menggantikan topi keledar kami yang tidak lagi selamat digunakan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebanyak 3,000 unit topi keledar baharu akan diagihkan secara percuma kepada 3,000 pengunjung terawal di dalam program tersebut.

Jelas beliau, ia adalah antara usaha kementeriannya menggalakan penunggang motosikal untuk sentiasa memastikan peralatan yang dipakai ketika menunggang atau membonceng kenderaan tersebut berada dalam baik dan selamat.

Sementara itu, Ismadalina Ismail, 37, berkata, beliau memuji inisiatif kerajaan yang mementing keselamatan rakyat terutama di atas jalan raya.

“Jadi saya rasa orang ramai di luar sana perlu menyahur saranan kerajaan supaya datang ke program Setahun Bersama Kerajaan Madani, di sini supaya boleh menukar topi keledar mereka yang sudah lama dan rosak dengan yang baharu.

“Ini demi keselamatan kita sebagai rakyat yang menggunakan jalan raya,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya