Seludup 5,100 peket minyak masak guna lori syarikat kurier

Seludup 5,100 peket minyak masak guna lori syarikat kurier

121223-Klt-Seleweng Minyak-Done Online AZMAN Ismail (kiri) bersama pegawainya memeriksa minyak masak peket yang dirampas dalam serbuan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN KPDN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membongkarkan taktik menyeludup 5,100 peket menggunakan lori syarikat kurier selepas menahan kenderaan tersebut di Wakaf Che Yeh di sini.

Lori tersebut ditahan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN pada pukul 3.30 petang menerusi Op Tiris.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat awam anggota pasukan risik telah melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak berisi minyak dari sebuah lori ke dalam kereta.

Menurutnya, sejurus menyedari kehadiran penguat kuasa KPDN Kelantan kesemua suspek terus bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan minyak masak bersubsidi yang dianggarkan berjumlah RM 12,750,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, siasatan awal mendapati suspek menggunakan kenderaan penghantaran kurier mendapatkan bekalan.

Katanya, lori tersebut kemudian akan memasuki kawasan perumahan dengan kawalan keselamatan seterusnya membuat pengagihan barangan subsidi itu kepada penyeludup.

“Selepas itu, barangan subsidi tersebut akan di bawa kepada pangkalan haram bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.

“KPDN Kelantan sentiasa mempergiatkan penguatkuasaan Ops Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini dari masa ke masa,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya