Roberto Mancini punca Arab Saudi 'tolak' Harimau Malaya

Roberto Mancini punca Arab Saudi ‘tolak’ Harimau Malaya

Roberto Mancini kini menjadi pengendali baharu Arab Saudi bagi persiapan mengharungi Piala Asia di Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi pemanas badan Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 di Qatar, yang dijadualkan menentang pasukan ranking ke-56 dunia, Arab Saudi pada 4 Januari terpaksa dibatalkan susulan permintaan Roberto Mancini.

Bekas pengurus Manchester City yang kini merupakan ketua jurulatih Arab Saudi, mengambil keputusan sedemikian kerana menjangkakan bakal bertemu Malaysia pada pusingan 16 terbaik.

“Perancangan untuk aksi persahabatan kedua-dua pasukan ini memang telah lama dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

“Namun pihak Arab Saudi memaklumkan kepada FAM bahawa perlawanan ini tidak dapat diteruskan kerana Mancini membuat congakan bahawa pasukan kendaliannya itu berkemungkinan bertemu Malaysia di seawal Pusingan 16 Terbaik,” jelas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

Malaysia yang berjaya layak ke pusingan akhir secara merit selepas 43 tahun akan membuka kempen saingan Piala Asia 2023 di Qatar dengan bertemu Jordan pada 15 Januari, Bahrain pada 20 Januari dan Republik Korea pada 25 Januari 2024 bagi saingan Kumpulan E.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya