SHAH ALAM: Proses bedah siasat mayat wanita yang dijumpai disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Klang selesai pagi tadi. Difahamkan, proses bedah siasat tersebut dijalankan bermula pagi tadi selama beberapa jam di Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA), bagaimanapun tidak dinyatakan waktu tepat prosedur itu dimulakan dan berakhir. Tinjauan Utusan Malaysia hari ini di sana mendapati suasana di unit tersebut sunyi dan tiada mana-mana individu seperti ahli keluarga atau kenalan mangsa hadir. Pada Isnin lalu pemilik rumah berkenaan dilaporkan membuat laporan polis berhubung penemuan mayat mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya