Polis kesan saksi penemuan mayat bayi di pantai Queensbay  - Utusan Malaysia

Polis kesan saksi penemuan mayat bayi di pantai Queensbay 

MAYAT bayi perempuan ditemukan di persisiran pantai Queensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi perempuan di persisiran pantai Queensbay, Bayan Baru, di sini hari ini, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 5.55 petang hari ini.

”Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi yang dijumpai adalah perempuan dan disyaki dihanyutkan arus laut sehingga terdampar di tepi pantai.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan menghubungi atau tampil ke balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya