Polis buru sekumpulan pelajar pukul remaja 14 tahun

Polis buru sekumpulan pelajar pukul remaja 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar dari dua sekolah menengah di kawasan Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri Rawang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara pelajar dua sekolah berkenaan yang mana mereka mengenali antara satu sama lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, satu laporan polis diterima pihaknya kira-kira pukul 10.13 malam daripada seorang pelajar tingakatan dua mendakwa dia dan rakanya dipukul.

Kata beliau, remaja berusia 14 tahun itu mendakwa dia bersama rakannya yang berada di kawasan Medan Puteri, Bandar Tasik Rawang dekat sini didatangi sekumpulan pelajar lelaki warga tempatan berumur lingkungan 15 dan 16 tahun.

“Mereka didakwa memukul pelajar berkenaan sebelum dia mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, manakala rakannya menerima rawatan di Hospital KPJ, dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, kes disiasat di bawah Selsyen 147 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan kesemua suspek giat dilakukan pihak polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan di talian 019-3491233Z

“Mereka yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya