Piala Malaysia: Pengadil dan padang sama 'teruk'?

Piala Malaysia: Pengadil dan padang sama ‘teruk’?

PENGADIL Piala Malaysia 2023, S Logeswaran (kiri) melihat pemain Terengganu terbaring kesakitan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pentas akhir Piala Malaysia yang melabuh tirai, semalam dengan dua ‘kecacatan’ iaitu mutu pengadilan dan juga padang yang teruk.

Beberapa keputusan pengadil perlawanan, S Logeswaran boleh dipertikaikan dan dilihat bersikap berat sebelah ke arah Johor Darul Ta’zim (JDT) berbanding Terengganu FC.

Perkara itu bukan dilihat baharu dalam kancah bola sepak Malaysia kerana hampir saban tahun mutu pengadilan menjadi perbualan terutama pada perlawanan akhir sama ada Piala FA ataupun Piala Malaysia.

Namun, masalah ini seolah-olah tidak dititikberatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memilih pengadil terbaik bagi mengendalikan perlawanan berprestij seperti ini.

Lebih memeranjatkan, Malaysia mempunyai beberapa pengadil bertaraf FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) namun tidak manfaatkan.

Sebaliknya tugas itu diberikan kepada S Logeswaran yang dikatakan bukan pengadil FIFA, tetapi mungkin tidak salah memberi kepercayaan dan pendedahan kepadanya namun beberapa keputusan kontroversi dalam aksi final semalam menimbulkan pelbagai persoalan.

Berdasarkan semakan mengikut Senarai Pengadil Antarabangsa FIFA 2023 di laman sesawang digitalhub.fifa.com, nama Logeswaran tidak berada dalam senarai terbabit.

Senarai nama terbabit hanya meletakkan enam pengadil FIFA dari Malaysia selain sembilan pembantu pengadil, empat pengadil futsal dan dua pengadil bola sepak pantai.

Enam pengadil FIFA berkenaan adalah Razlan Joffri Ali, Muhammad Usaid Jamal dan Muhammad Nazmi Nasaruddin, Suhaizi Shukri, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah dan Mohd Amirul Izwan Yaacob.

Perlawanan akhir Piala FA 2023 antara JDT dan Kuala Lumpur City  pada Julai lalu dan juga final Piala Malaysia 2022 antara skuad Harimau Selatan menentang Selangor dikendalikan oleh Muhammad Nazmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya