Piala Malaysia: Pemain JDT pamerkan keberanian

Piala Malaysia: Pemain JDT pamerkan keberanian

ESTEBAN SOLARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Esteban Solari memuji keberanian para pemainnya yang masih mengekalkan corak permainan kebiasaan diperagakan mereka meskipun beraksi di padang yang kurang baik.

Jelasnya, kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC di pentas akhir Piala Malaysia, semalam tidak diraih dengan mudah kerana pasukan lawan memberi tentangan sengit dan pemainnya telah memberi segalanya.

“Kami sangat gembira memenangi gelaran keempat musim ini. Ia perlawanan yang sukar kerana Terengganu juga beraksi dengan baik.

“Pemain berani bermain permainan kami walaupun padang dalam keadaan kurang baik dan saya bimbang pemain cedera dengan dua pemain terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan iaitu Corbin Ong dan Shane Lowry,” katanya dalam sidang media.

Selain mengekalkan Piala Malaysia di bumi Johor, JDT turut melakar sejarah muncul pasukan pertama meraih ‘double quadruple’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya