KUALA LUMPUR: Sebelum sepak mula final Piala Malaysia lagi kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perasaan ‘geram’ itu bertambah apabila dia turun bermain sehingga menyifatkan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang rosak ketika ini lebih sesuai untuk permainan golf berbanding bola sepak.
“Bagi perlawanan akhir seperti ini, kita sepatutnya bermain atas padang yang lebih baik. Padang golf terbaik patut ada di sini,” kata Jordi kepada pemberita selepas perlawanan.
Disebalik keadaan padang yang menjejaskan aksi kedua-dua pasukan bermain seperti biasa, namun kemenangan memihak kepada JDT dengan keputusan 3-1.