KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dihadapan seawal minit keenam perlawanan menerusi penyerang berbisa mereka, Bergson Da Silva.
Gol berkenaan hadir menerusi sepakan penalti selepas Fernando Forestieri dijatuhkan oleh Azam Azmi Murad di dalam kotak penalti Terengganu FC.
Gol berkenaan sekali gus menaikkan semangat Harimau Selatan untuk terus melakukan asakan ke gawang Terengganu FC.-UTUSAN