KUALA LUMPUR: Terengganu FC bangkit untuk menyamakan kedudukan menjadi 1-1 selepas penyerang mereka Ivan Mamut menyempurnakan sepakan penalti.
Skuad Penyu dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-21 selepas Mamut dijatuhkan oleh pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat di dalam kotak penalti.
Mamut yang diamanahkan mengambil sepakan itu merembat deras ke sebelah kiri gol, sekali gus menumpaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed di pintu gol JDT.
Kedudukan kembali seimbang dengan kedudukan 1-1.-UTUSAN ONLINE