Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023: Young Tiges gagal m

Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023: Young Tigers gagal mara ke suku akhir

KAPTEN Malaysia, cuba menghalang pergerakan pemain Australia dalam aksi di Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja Malaysia gagal menempah slot ke suku akhir selepas melengkapkan aksi mereka dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di tangga ketiga pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim itu dibelasah Australia 5-2, sekali gus menyaksikan Malaysia hanya mampu mengutip tiga mata daripada satu kemenangan ke atas Chile dalam perlawanan pembukaan, Selasa lalu.

Australia mengiringi Argentina mara ke suku akhir setelah mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan satu kekalahan untuk muncul naib juara Kumpulan A.

Sementara juara bertahan, Argentina mengungguli kedudukan teratas kumpulan dengan sembilan mata apabila skuad bimbingan Juan Gilardi itu membenam Chile 8-0 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

AKSI Malaysia menentang Australia dalam kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadiuam Nasional, Bukit Jalil, Hari ini.

Young Tigers dibolosi seawal minit ke-2 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Cooper Burns.

Aksi longlai yang dipamerkan anak-anak buah Muhammad Amin Rahim telah membuka laluan lima pukulan sudut penalti dihadiahkan kepada Australia pada awal saingan.

Pintu gol Malaysia yang dikawal oleh Muhamad Rafaizul Mohamad Saini bocor lagi selang empat minit selepas itu dan kali ini skuad bimbingan Jay Stacy meledakkan gol kedua mereka menerusi Jake Lambeth hasil jaringan padang.

Corak permainan fizikal dan laju dipamerkan Australia tidak mampu disaingi barisan pemain Young Tigers yang seperti kehabisan idea untuk melancarkan serangan.

Asakan bertali arus ke kubu Young Tigers telah memaksa Rafaizul bekerja keras bagi mengekang asakan Australia yang rata-rata memiliki pemain bertubuh tegap dan tinggi.

PENJAGA gol Malaysia, Mohamad Rafaizul Saini melepaskan lima gol dalam aksi menentang Australia, hari ini.

Kesukaran pemain muda negara merampas bola yang dikawal pasukan lawan telah membuka laluan kepada gol ketiga Australia melalui Cambell Geddes yang mudah merembat bola ke gawang Malaysia hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-15.

Malaysia akhirnya berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-21 setelah rembatan kencang Harris Osman menerjah ke gawang Australia pada minit ke-21.

Bagaimanapun, pintu gol Young Tigers kembali dibolosi dan Lambeth sekali lagi menjadi duri dalam daging buat skuad muda negara apabila meledakkan gol keempat hasil jaringan padang pada minit ke-28.

Tidak mengenal erti putus asa walaupun ketinggalan, anak-anak buah Muhammad Amin berhasil mendapatkan gol kedua pada minit ke-44 melalui jaringan padang yang diledakkan Andywalfian Jeffrynus.

Namun, pada ketika Young Tigers berusaha merapatkan jurang gol, Australia kembali menjarakkan kedudukan kepada 2-5 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Cambell pada minit ke-45.

Kegagalan Malaysia ke mara ke suku akhir, menyaksikan Young Tigers akan beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ke-9/16 menentang pasukan di tangga keempat Kumpulan B iaitu Mesir, Isnin ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya