PFA harap kerajaan negeri Perlis peruntuk RM1 juta setahun - Utusan Malaysia

PFA harap kerajaan negeri Perlis peruntuk RM1 juta setahun

ZAMRI IBRAHIM (kanan) ketika ditemui selepas Kongres Tahunan PFA Kali Ke-27 (2021) dan 28 (2022) di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kangar, Perlis, hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berharap bantuan kerajaan negeri dengan memperuntukan sekitar RM1 juta setahun bagi menjalankan program-program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Buat masa ini, PFA sememangnya ada menerima bantuan daripada kerajaan negeri namun jumlah itu adalah tidak mencukupi.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, bagi melancarkan pelaksanaan program-program pembangunan bola sepak Perlis, kerajaan negeri perlu turut sama membantu dengan menyediakan peruntukan setiap tahun.

“Langkah tersebut amat penting bagi memajukan sukan bola sepak di Perlis dan demi kesejahteraan masyarakat.

“PFA bukan sahaja menguruskan mengenai bola sepak negeri namun kami turut membantu kerajaan negeri bagi melaksanakan sebahagian tugas kemasyarakatan,” katanya ketika ditemui selepas Kongres Tahunan PFA Kali Ke-27 (2021) dan 28 (2022) di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, hari ini.

Hadir sama bagi menyempurnakan kongres berkenaan, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, peranan PFA bagi pembangunan bola sepak negeri setakat ini adalah amat sukar memandangkan pihaknya perlu berusa mencari dana dengan jumlah besar.

Katanya, ini adalah berikutan persatuan itu tidak lagi terlibat dalam perlawanan kompetetif seperti sebelum ini sehingga menyukarkan untuk mendapatkan dana berkenaan.

“Sebab itu kita harap sedikit sebanyak bantuan daripada kerajaan negeri dan lebih baik sekiranya jika ada pihak-pihak swasta yang dapat membantu.

“Sebelum ini PFA memang ada beberapa kali mengadakan pertemuan bersama kerajaan negeri dan ia menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Dalam pada itu, Zamri berkata, peruntukan berjumlah RM1 juta setahun itu juga adalah amat realisitik dalam memantapkan kembali pembangunan bola sepak akar umbi di Perlis.

Katanya, peruntukan yang diterima itu boleh dipecahkan mengikut kawasan kampung, Parlimen mahu pun penganjuran liga di setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita amat yakin Perlis dapat kembali semula ke landasan terbaik namun aspek kewangan merupakan perkara yang amat penting dalam menjayakan perkara ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya