Peluang selami kehebatan ATM

Peluang selami kehebatan ATM

Beraksi sebagai penembak hendap menanti pengunjung di gerai Kementerian Pertahanan sempena Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para pengunjung ke program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani berpeluang untuk melihat aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipamerkan dalam program yang diadakan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Antara aset itu adalah kenderaan pembawa senjata, kenderaan tempur berperisai, pelbagai jenis senjata dan motosikal berkuasa tinggi.

SEORANG kanak-kanak, Thye Qing Le teruja melihat dan mendengar penerangan mengenai senjata pertahanan udara, Misil Anza MK II yang dipamerkan di gerai Kementerian Pertahanan sempena Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/AMIR KHALID
Pengunjung dapat merasai dan mencuba senjata yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, kementerian itu juga menyediakan gerai pameran yang bukan sahaja mempamerkan senjata tempur yang diguna pakai oleh ATM tetapi juga boleh ‘mencuba’ senjata-senjata berkenaan.

Di samping itu, pengunjung juga dapat melihat bagaimana aset itu diguna pakai oleh 10 Briged Para iaitu Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) seperti GPS Sonar, Data Teknik Sistem Misil, Senapang Anti-Bahan dan Sistem Penghantaran Kontena.

orang ramai tidak melepaskan peluang dengan bergambar bersama pelbagai aset kenderaan berperisai yang dipamerkan.
Orang awam diberi penerangan mengenai kelengkapan seorang anggota tentera ketika melawat gerai Kementerian Pertahanan.

Tidak ketinggalan, terdapat reruai perkhidmatan veteran ATM yang membolehkan veteran mendaftar sebagai ahli di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan mengetahui program yang disediakan untuk mereka.

Bagi anak muda yang meminati kerjaya unit beruniform, pengunjung boleh hadir ke reruai ATM untuk dapatkan informasi terkini pengambilan selain maklumat perkhidmatan yang ditawarkan di dalam ATM.

KANAK-kanak gembira apabila berpeluang bergambar bersama beberapa aset ATM.
PERSEMBAHAN kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah antara tarikan di gerai Kementerian Pertahanan di Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani berlangsung sehingga hari ini (Ahad). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN