PDRM FC dabik dada, Kuching City tekad bangkit

PDRM FC dabik dada, Kuching City tekad bangkit

(DARI kiri) JURULATIH PDRM FC, Ahmad Yunus Mohd Alif dan kaptenya Amir Saiful Badeli bergambar dengan trofi MFL Challenge Cup bersama penyerang dan jurulatih Kuching City Petrus Shitembi serta Aidil Sharin Sahak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PDRM FC enggan terlalu selesa meskipun membawa bekalan tiga gol pada aksi final kedua MFL Challenge Cup menentang Kuching City di Stadium Negeri, malam ini.

Kapten The Cops, Amir Saiful Badeli menggesa rakan sepasukannya tidak mengambil mudah kebangkitan yang bakal dijelmakan Kuching City, sebaliknya mahu mereka terus mengekal momentum seperti aksi final pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Rabu lalu.

Tegas Amir, menyifatkan tekanan tetap ada memandangkan apa pun boleh berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Alhamdulillah dengan kemenangan 3-0 tempoh hari, tetapi kita memang tak selesa lagi dengan keputusan ini.

“Masih lagi ada baki 90 minit perlawanan jadi, kita tidak boleh ambil mudah dan kekal fokus untuk kami semua dapat beraksi dalam keadaan yang baik.

“Bagi saya apabila dah penghujung musim ini, dengan siapa pun kita lawan, pasukan kita tetap memberikan 100 peratus di atas padang,” katanya.

Pada aksi pertama menyaksikan PDRM FC melakar kemenangan 3-0 ke atas Kuching FC dan ia meletakkan Sang Saka Biru hanya sebelah kaki untuk menjulang trofi berkenaan.

Sementara itu, pemain Kuching City, Arham Khussyairi menyifatkan dia dan rakan sepasukan sudah melupakan kekalahan tempoh hari dan kini bersedia untuk mencipta sejarah baharu di hadapan penyokong sendiri, Ahad ini.

“Sepertinya kita nak tutup buku lama, dan akan buka buku baru sebab dalam bola sepak tiada yang mustahil.

“Kalau nak dikatakan pada perlawanan lepas, kami kurang daripada segi komunikasi dan insya-Allah kita sudah mula perbaikinya dengan lebih baik kali ini.

“Sepertimana yang kita tahu, ini adalah sejarah baharu untuk kita lakukan di Kuching sebab dah lama tidak merasa aksi final di sini, jadi kami akan cuba beri saingan untuk memburu kemenangan”, katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya