Norza bersedia pertimbang permintaan Hannah

Norza bersedia pertimbang permintaan Hannah

MOHAMAD NORZA ZAKARIA tidak lagi memegang jawatan dalam BAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bersedia untuk mempertimbangkan semula keputusan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada hujung tahun ini seperti diminta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Jelas beliau, keputusan berkenaan adalah sebagai menghormati Hannah selain mengakui antara mereka mempunyai kerjasama yang baik termasuk sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)serta dalam program Road to Gold (RTG).

Justeru itu, Norza menjelaskan beliau akan memikirkan sama ada untuk kekal dengan pendirian awalnya sebelum ini iaitu mengundur diri selepas Sukan Olimpik Paris 2024, keputusan muktamad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis BAM pada Sabtu ini.

“Saya akan mempertimbangkan permintaan menteri kerana saya menghormatinya. Kami juga mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dalam RTG dan semuanya.

“Kita akan mengadakan mesyuarat Majlis BAM pada Sabtu ini dan selepas itu saya akan memberikan keputusan dan kenyataan lanjut. Kemungkinan beliau (Hannah) meminta saya kekal di BAM sehingga Olimpik Paris.

“Sebenarnya tempoh saya untuk memegang jawatan ini sehingga 2025,” kata Norza ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Norza mula mengambil alih kerusi nombor satu BAM pada 2017 bagi menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Kelmarin, Hannah membuat kenyataan mengejut apabila meminta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Norza mempertimbangkan semula keputusan melepaskan jawatan dalam BAM hujung bulan ini dalam aplikasi X.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya